Rabu, 17 Mei 2017

DAP Digesa Jawab Tuduhan Amalkan Christian Zionism Di Malaysia






Putrajaya: DAP digesa menjawab pertuduhan bahawa parti politik tersebut terlibat aktif dalam gerakan “Dominionism dan Christian Zionism di Malaysia”.


Gesaan tersebut dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki.

Menurut Dr Mohd Zuhdi ini adalah berdasarkan satu pendedahan yang dibuat oleh buku “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” tulisan penulis Ian Buchanan yang antara lain mendakwa DAP khasnya Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh terlibat dalam agenda Kristianisasi melalui satu tajuk kecil dalam buku tersebut yang bertajuk “Dominionism: Lesson from Penang”.

“Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini.

“PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.”

Sambil menyatakan sokongan kepada pendedahan yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini.

Kata Dr Mohd Zuhdi lagi “sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.” – menara.my

Tiada ulasan: