Selasa, 2 Mei 2017

DAP bakal hilang kuasa di Selangor

 Berita Daily Staff

Jika Lim Guan Eng menyifatkan PAS tersesat jalan, DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmat Ishak berkata keputusan yang diambil oleh PAS untuk memutuskan kerjasama dengan PKR bakal mengakibatkan DAP kehilangan kuasanya di Selangor.

Katanya, DAP juga akan terkesan kerana berada di dalam pentadbiran negeri Selangor sekiranya berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jika Majlis Syura PAS meluluskan keputusan Muktamar yang secara sebulat suara tanpa perbahasan untuk memutuskan perhubungan tahaluf siyasi dengan PKR ini bermakna parti DAP bakal berdepan dengan jalan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor seandainya berlaku pembubaran DUN mahupun perubahan kerajaan negeri.

“Justeru itu kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng bahawa PAS telah “tersesat jalan” dalam tindakan parti berkenaan bakal memakan diri sehingga akibat tindakan sesat jalan berkenaanlah berkemungkinan DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri mahupun terpaksa mendapatkan mandat baharu dari rakyat selangor melalui pilihan raya negeri (PRN),” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa tindakan mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membuktikan parti itu ‘sesat dalam berpolitik’ selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Jelas Rahmat lagi, tidak dapat dinafikan bahawa Selangor yang kini dipimpin oleh PKR dan DAP bergantung dengan PAS yang menyumbangkan 13 kerusi DUN.

“Talian hayat” pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR pada ketika ini adalah bergantung kepada parti PAS yang pada prinsip rasionalnya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan politik malah dari sudut teori kerajaan Pakatan Harapan Selongor secara tidak rasminya sedang dan bakal menghadapi defisit kehilangan 13 kerusi DUN,” ujarnnya.

Rahmat dalam pada itu yakin PAS tidak akan mengubah keputusan yang telah di ambil pada muktamar baru-baru ini yang pada akhirnya akan turut menjejaskan DAP.

“Pihak kami percaya bahawa kepimpinan parti PAS akan berpegang kepada agenda islam serta maruah parti sebagai keutamaan dan bukannya mempertahankan soal kuasa politik yang dibina bersama “rakan kongsi lama” termasuk DAP apabila tahaluf siyasi tidak lagi berperanan serta berkesan,” tambahnya.

Tiada ulasan: