Rabu, 3 Mei 2017

Cadangan logo Pakatan Harapan dicemuh warga maya

 MALAYSIA DATELINE

Cadangan tiga logo Pakatan Harapan yang mengundang bidasan warga maya.Cadangan tiga logo Pakatan Harapan yang mengundang bidasan warga maya.

Rata-rata warga maya  melahirkan rasa tidak puashati terhadap cadangan logo Pakatan Harapan yang dijangka akan digunakan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Baru semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik di laman facebooknya tiga contoh logo Pakatan Harapan untuk dipilih oleh penyokong sebaliknya mendapat kutukan dan sindirian warga maya.

Kebanyakan mereka sependapat logo Pakatan Harapan tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi rekabentuk logo yang terlalu ringkas.

Ramai juga yang membandingkan logo 'ibu jari' itu seperti label bungkusan kacang cap NanNgin.

Ada juga yang mempersoalkan tiga logo yang dipaparkan Rafizi itu adakah senarai pendek dan mendesak logo lain dibuat.

Kata Hantwo Dimana:" Ini shortlistkah? Langsung takda seni...kenapa tak buka penyertaan rakyat dalam menyumbang idea?...nak buat logo bukan jenis tangkap muat...ini logo zaman 80-an takde kreativiti lansung...mohon open balik," ujarnya dengan menambah #CapKacangNanNgin.

Bagi Mohd Hazri Ramli pula memberi respon kepada Rafizi dengan berkata: "Maaf cakap YB... logo macam tidak menarik pengundi untuk pangkah nanti perlu ada ciri-ciri perpaduan parti-parti dalam pakatan harapan dalam logo tersebut supaya menarik minat pengundi.

Dan bagi Nurul Fakhri pula berkata:" Walauun saya hampir pasti menyokong Pakatan Harapan, tapi saya tidak sokong logo-logo ipamerkan . Logo terlalu backdated," ujarnya.

Dalam statusnya Rafizi menyebut Pakatan Harapan akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti dalam gabungan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Ini kerana minggu lalu Majlis Presiden telah katanya telah bersetuju untuk menyenarai pendek logo-logo berikut untuk dikonsi dengan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas.

Bagaimanapun daripada 1.2k komen majoritinya  tidak siapa yang memilih logo yang disenaraian sebagai #A, #B dan #C itu sebaliknya dipenuhi dengan komen-komen rasa tidak puas hati netizen dan mendesak Pakatan Harapan mencipta logo lain.

Tiada ulasan: