Isnin, 29 Mei 2017

Buat pinjaman dengan negara luar, Guan Eng tak perlu rujuk kerajaan Persekutuan?

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu merujuk dan meminta kebenaran daripada Bank Negara sebelum membuat sebarang pinjaman dengan pihak luar, itu soalan dilontarkan oleh Presiden Parti Alternatif Rakyat, Zulkifli Mohd Noor.
 
Bukan itu sahaja, malah Zulkifli turut kesal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba meletakkan negeri itu pada kedudukan 'berhutang' dengan pihak asing.
 
"Kerajaan dan Exco Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai hak untuk meminjam atau meminta pertolongan daripada negara luar tanpa melalui kerajaan pusat atau Bank Negara, itulah kunci kepada segalanya," ujarnya ketika dihubungi Antarapos. 
 
"Pada mata Lim Guan Eng dan Parti DAP, kerajaan Pusat ini tiada duit. Sebab itu dia nak pinjam dengan orang luar, seolah-olah negara kita ini sudah bangsat, negara kita ini sudah tiada duit, negara kita sudah bankrap. 
 
"Jadi, dia kena pinjam dengan orang lain. Macam kitalah nak pergi sekolah mak bapak dah tiada duit, mestilah pergi jumpa mak cik atau siapa-siapa pinjam duit, macam itulah perangai dia," ujarnya lagi.
 
DUN Pulau Pinang sebelum ini meluluskan usul Guan Eng bersabit cadangan membuat pinjaman daripada Bank Eksport-Import China untuk menjalankan projek prasarana negeri itu.
 
Guan Eng ketika mempertahankan cadangannya berkata Pulau Pinang lebih daripada mampu untuk membayar balik pinjaman dari bank kerajaan China.
 
Katanya, pakar kewangan kerajaan negeri sudah mereka model kewangan untuk membayar semula pinjaman itu, yang bertujuan untuk membantu membiayai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) bernilai RM47 bilion.
 
Pulau Pinang merancang untuk menebus guna tiga pulau di selatan negeri itu untuk membiaya PIP, yang akan melibatkan pembinaan laluan trem, jalan raya, lebuh raya dan pengangkutan jenis lain.
 
Pun begitu Zulkifli bertegas Guan Eng tetap perlu membentangkan kepada kerajaan pusat, untuk dianalisis bagi merendahkan risiko kepada pembayar cukai, negeri itu.
 
"Lim Guan dia tidak ada buat rujukan daripada orang-orang yang cerdik, orang-orang yang tahu tentang sesuatu benda, tentang kewangan," ujarnya lagi.
 
DUN Pulau Pinang 25 Mei lalu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pinjaman Negeri Pulau Pinang yang membolehkan negeri itu membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.
 
 

Tiada ulasan: