Isnin, 22 Mei 2017

Bot KD Perdana TLDM berjaya dikesan

 
Pesawat pantai ‘beechcraft’ milik TUDM mengesan bot KD Perdana TLDM. 


Ahmad-Kamarulzaman-Ahmad-Badaru-4


KUALA LUMPUR: Bot KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitter rasminya.

Beliau berkata bot KD Perdana dikesan pesawat pantai ‘beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awalnya oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan 8 anggota laskar kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

Tiada ulasan: