Ahad, 28 Mei 2017

BN tumpu pengundi Melayu di Lembah Pantai

Shawaliah Hadir

Jika pengundi Melayu tidak berpecah dan sepenuhnya memilih BN, dengan jumpah undi di kalangan bukan Cina dan India pembangkang tidak akan berjaya.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai menumpukan gerak kerja untuk menambat hati pengundi Melayu demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai Ramlan Shahaen.

Mengakui pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya Cina masih sukar untuk didekati, Umno membuat keputusan untuk memberikan perhatian kepada pengundi Melayu yang merupakan kelompok majoriti di kawasan Parlimen tersebut.

“Setakat ini, peratusan pengundi Melayu hampir 55%, kita tanamkan kesedaran kepada orang Melayu.
“Sekiranya orang Melayu tidak berpecah dan kuat dapat undi kurang daripada bukan Melayu pun mencukupi untuk merampas Lembah Pantai,” katanya kepada Berita Daily.

Sekalipun menerima undi yang sedikit daripada pengundi Cina dan India namun jika Melayu tidak memilih pembangkang, menurut beliau BN akan kekal kembali di kawasan itu.

Lembah Pantai terdiri daripada 55% pengundi Melayu, 23% Cina dan India 20%.

Keseluruhan pengundi berdaftar sebanyak 72, 396.

Pada pilihan raya yang lalu, Raja Nong Chik tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang meraih majoriti 31,008 dengan beza undi 847.

Nurul Izzah berjaya mengalahkan BN selama dua penggal yang sebelumnya dipangku oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam pada itu Ramlan berkata BN mensasarkan 65% pengundi Melayu yang akan memilih parti itu.
“Kalau boleh kita mahu undi daripada pengundi Melayu 65% hingga 70% yang memberikan undi kepada BN,” ujar beliau.

Tiada ulasan: