Rabu, 3 Mei 2017

Azmin Akan Menghadap Sultan Selangor Jumaat

Suara Kebenaran



Menurut sumber berkaitan kerajaan negeri, Menteri Besar, YB Datuk Seri Azmin Ali akan menghadap DYMM Sultan Selangor pada pagi Jumaat untuk memaklumkan baginda tentang perkembangan politik negeri yang dikatakan berada dalam keadaan bergelora.

Azmin akan memaklumkan kepada baginda bahawa keadaan politik dalam keadaan yang tenang
sebenarnya, tidak ada masalah, melainkan yang cuba dicetuskan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti UMNO dan PAS.

Dakwaan kononnya akan berlaku perubahan dalam kerajaan negeri ini adalah satu yang serius dan boleh menyebabkan keadaan yang tidak tenteram dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pertemuan itu juga, Azmin dikatakan bakal membawa senarai nama barisan baru Exco Selangor bagi menggantikan 3 Exco PAS yang akan dipecat setelah Muktamar PAS minggu lepas membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Menurut sumber, dua ADUN Amanah dari Morib dan Hulu Klang serta tambahan seorang ADUN DAP akan dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Tiada ulasan: