Isnin, 1 Mei 2017

asional Wan Azizah enggan ulas status tahaluf siyasi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai tahaluf siyasi partinya dengan PAS selagi Majlis Syura Ulama parti itu tidak memuktamadkan sebarang keputusan.
 
Mengulas pendirian PKR berhubung perkembangan Muktamar PAS Kali ke-63, yang menerima usul putus hubungan dengan PKR tanpa bahas, beliau berkata:
 
"Ia belum lagi diputuskan, PAS ada strukturnya. (Dan) Majlis Syura belum lagi putuskan.
 
"Kita mempunyai mesyuarat di antara kami. Kita melihat sama ada senario politik yang paling baik sebab kita akan menghadapi pilihan raya akan datang. Kena ambil kira semua pandangan," jelasnya di sidang media Pakatan Harapan (PH) hari ini.
 
Semalam, Muktamar PAS Pusat bersetuju menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, dengan alasan PKR telah beberapa kali mengkhianati perjanjian kerjasama di antara dua parti berkenaan.
 
Ia berikutan kerjasama PKR dengan dua sekutu PAS iaitu Amanah dan DAP, selain kegagalan parti itu menyatakan sokongan terhadap usaha meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355 dan kenyataan-kenyataan biadap yang menjejaskan hubungan dua parti berkenaan.
 
Usul putus tahaluf siyasi PAS-PKR itu kini diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad kelak.
 
 

Tiada ulasan: