Ahad, 7 Mei 2017

Empat remaja sesat ditemukan selamat

ANTARAPOS.C0M
Post Pic



KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat remaja ditemukan selamat selepas sesat selama lebih 10 jam di Hutan Lipur Rimba Riang, Kota Damansara di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kesemua remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu mendaki hutan berkenaan pada pukul 7.30 pagi.

“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 12.58 tengah hari daripada salah seorang mangsa memaklumkan mereka telah tersesat dan memerlukan bantuan untuk keluar dari hutan tersebut.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi pencarian dimulakan pada pukul 1.15 petang dan semua mangsa ditemukan pada pukul 5.20 petang dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.


Tiada ulasan: