Jumaat, 12 Mei 2017

Amanah Selangor mahu keputusan konsensus dibuat PH

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ir. Izham HashimIr. Izham HashimAmanah Selangor mmahu Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan dan tindakan berhubung kedudukan PS dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusinya Ir Izham Hashim berkata, walaupun Amanah Selangor menghormati keputusan Pas membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR kerana keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Amanah.

Namun beliau menengaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan negeri.

"Bagi kami, kepentingan bersama di dalam Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di dalamnya.

"Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus dalam isu ini," ujarnya dalam kenyatana hari ini.

Semalam Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh telah mengumumkan keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.

Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

PKR juga, jelas Zawawi telah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej Pas.

Malah parti itu dianggap mengkhianati hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang Pas dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Justeru Amanah Selangor menyeru kepada semua pihak supaya terus berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan tetapi juga mengambilalih Putrajaya daripada Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum akan datang.

Kata Izham lagi, rakyat Selangor pastinya akan menilai secara objektif perkembangan ini dan membuat keputusan yang wajar menjelang PRU14 nanti.

Tiada ulasan: