Sabtu, 20 Mei 2017

Ada parti baru mahu ganti PKR?

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah parti politik baru yang diberi nama Parti Harapan Malaysia (PHM) mahu menggantikan PKR yang didakwa kini sudah jauh tersasar daripada perjuangan sebenar.
 
Bekas Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR Malaysia, Johari Musa berkata, penubuhan PHM adalah berlandaskan perjuangan politik dan amalan demokrasi yang tulen.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, PHM kini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk diisytiharkan sebagai sebuah parti politik baru.
 
“Penubuhan PHM adalah jelas untuk memperjuangkan amalan politik serta demokrasi tulen yang diingini oleh kebanyakan ahli PKR kerana mereka merasakan parti tersebut tidak lagi berada pada landasan yang sepatutnya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai PHM, di sini hari ini.

Tiada ulasan: