Sebahagian daripada pengikut ajaran Islam Jamaah yang ditahan Jais dalam serbuan, semalam. Foto: Ihsan Jais

“Kita tahan tuan rumah, seorang guru serta 34 pengikut ajaran kumpulan itu yang berusia antara 17 hingga 60 tahun.

“Kesemua yang ditahan, dirakamkan percakapan mereka bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 119, enakmen pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pindaan 2015 & Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas selesai diambil keterangan.

Katanya, siasatan menunjukkan ajaran terbabit (Islam Jamaah) adalah antara tujuh ajaran yang difatwa menyeleweng dari ajaran Islam oleh Jabatan Mufti Selangor dan masih aktif di negeri ini.
"Orang Islam adaalh dilarang sama sekali mengamalkan ajaran tersebut," katanya.

Antara ciri-ciri ajaran Islam Jamaah ialah menolak sumber hukum Ijma’ dan Qias, menganggap najis Mughallazah tidak perlu disamak, melakukan solat Jumaat di rumah serta mengeluarkan hukum bahawa mana-mana binatang yang mati di kawasan/perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan serta tidak menghormati al-Quran dengan meletakkan di tempat yang tidak sewajarnya.

Dalam perkembangan lain, Haris berkata, sejak pihaknya menjalankan Ops Tauliah 1/2017, seramai 11 individu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadibran Agama Islam Selangor Tahun 2003 Pindaan 2015, manakala lapan kes dibuka bagi kesalahan menyebabkan ceramah agama tanpa tauliah.

Katanya, sebanyak 32 fail kes dibuka mengikut Seksyen 12&13 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 2003 Pindaan 2015 kerana melanggar fatwa yang dikuatkuasakan.

“Masyarakat umum di luar sana perlu lebih berhati-hati dalam memilih untuk mempelajari ilmu agama Islam ini. Pastikan guru yang mengajar memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Sekiranya mempunyai keraguan, masyarakat boleh semak dengan pejabat agama Islam daerah yang berhampiran,” katanya.