Jumaat, 26 Mei 2017

16 motosikal musnah terbakar di Terminal One

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Sebanyak 16 motosikal di tempat letak kenderaan tingkat tiga Stesen Bas Terminal One, di sini, musnah terbakar, hari ini.
 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Razali Abdul Kadir, berkata kebakaran itu berlaku pada jam 1.39 tengah hari dan pihaknya menghantar sepasukan 18 anggota dengan dua jentera ke lokasi kejadian.
 
 
"Bomba berjaya mengawal api daripada merebak, sekali gus menyelamatkan lebih 50 motosikal lain serta beberapa kereta yang diletakkan di kawasan itu," katanya.
 
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.
 
 

Tiada ulasan: