Isnin, 22 Mei 2017

Dr Mahathir minta ahli sabotaj parti dipecat

Oleh The Malaysian Insight
Dr Mahathir minta ahli sabotaj parti dipecat
Dr Mahathir Mohamad kesal dengan sikap ahli yang menjejaskan kestabilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang secara tidak langsung akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dan Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insight

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad mengecam ahli parti yang menggunakan namanya untuk menyingkirkan Presiden Muhyiddin Yassin.

Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan demikian hanya menjejaskan kestabilan Bersatu dan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Najib Razak.

"Ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Najib.

"Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Bersatu daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka," tulis Dr Mahathir dalam blognya, cheded.cc hari ini.

"Kita semua tahu amatlah sukar untuk memujuk pemimpin Umno, terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan, menjadi menteri terutamanya meninggalkan Umno. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan Umno.

"Kononnya Muhyiddin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.," katanya.

Pemimpin berusia 92 tahun itu berkata, dakwaan itu salah kerana Muhyiddin adalah bekas timbalan perdana menteri dan beliau individu seterusnya yang akan menjadi perdana menteri jika Najib melepaskan jawatannya.

"Baginya (Muhyiddin) dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir daripada jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar."

"Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Bersatu dan menjadi presidennya.

Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi pengerusi parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya," kata Dr Mahathir.

Bersatu akan berpecah jika Muhyiddin digulingkan dan dengan itu semua usaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang gagal, katanya.

Dr Mahathir, yang memerintah dari 1981-2003, berkata niat mereka yang ingin menggulingkan Muhyiddin adalah untuk memecahbelahkan Bersatu.

"Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan daripada parti.

"Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Bersatu," kata Dr Mahathir.

Dilaporkan pada Ahad, Ketua Pendaftar Bersatu Perak Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar menggesa peletakan jawatan Muhyiddin kerana gagal menjalankan tugasnya.

Azrul juga mendakwa Muhyiddin menggunakan Dr Mahathir untuk meletakkan kroni beliau dalam jawatan parti.

Bersatu Perak menafikan dakwaan itu, menurut laporan Bernama hari ini.

DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA

Susan Loone




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus dibidas kerana tidak mengadakan sistem tender terbuka berhubung pajakan sebidang tanah kerajaan di sebuah hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue.

MCA mendakwa seterunya itu bermuka-muka sejak parti itu mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008.

Setiausaha Penganjur MCA negeri, Dr Tan Chuan Hong mempersoalkan mengapa tiada sebarang keperluan untuk mengadakan tender terbuka sekiranya 6.4 ekar tanah di Peel Avenue dianggap sebagai pelaburan asing.

Tanah itu baru-baru ini dipajak kepada Hospital Island Pulau Pinang, yang pemegang sahamnya adalah rakyat Singapura.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh mengeksploitasi hak rakyat untuk mengetahui dan melanggar janji CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan)?" Soal Tan dalam satu kenyataan.

Mendakwa RM2 bilion perjanjian pelaburan itu sebagai "bermasalah", Tan membandingkan harga tanah Peel Avenue dengan harga tanah di kawasan berhampiran seperti Gurney Drive, yang bernilai RM1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM1,000 setiap kaki persegi.

"Tetapi kerajaan negeri jual plot di Peel Avenue dengan hanya RM560 sekaki persegi. Adakah ini satu transaksi separuh harga melibatkan perjanjian di bawah meja?" Soal beliau.

Lim yang mempertahankan perjanjian itu, berkata tender terbuka tidak perlu kerana projek Hospital Island dianggap sebagai pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri bernilai tinggi.

Beliau membandingkan projek untuk seperti pasaraya IKEA di Batu Kawan dan firma elektronik seperti Intel, yang mempunyai kilang-kilang di Zon Perindustrian Bayan Lepas.

Lim juga mendakwa pelaburan itu akan membawa pulangan RM7 bilion, di samping menyediakan 3,000 peluang pekerjaan di Pulau Pinang serta menjadikan negeri ini sebuah bandar perubatan antarabangsa yang berpotensi tinggi untuk pelancongan perubatan di rantau ini.

"Tetapi adakah projek pembangunan Pulau Pinang yang lepas tidak melibatkan pelaburan asing? Mengapa pelaburan asing sebelum ini memerlukan tender terbuka?" Soal Tan.

PAS tiada kaitan 'Ceramah Rakyat' BN malam ini

Susan Loone
 
PAS Pulau Pinang menafikan parti itu akan mengambil bahagian dalam acara yang dipanggil 'Ceramah Rakyat' bersama beberapa parti komponen BN.

Poster digital acara itu yang tersebar di media sosial menyatakan ia akan dihadiri oleh para penceramah dari kalangan pemimpin tertinggi BN bagi memberi analisis terperinci keadaan politik semasa.

Ia sepatutnya diadakan di Dewan Akira di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, PAS tidak ada kena mengena dengan ceramah itu, yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini.

"PAS tidak beri kebenaran kepada mana-mana pemimpin kami di Pulau Pinang untuk menghadiri ceramah dan berucap bagi pihak parti.

"Kami rasa poster yang memaparkan logo PAS adalah cubaan berniat jahat oleh pihak tertentu untuk memberi imej buruk seolah-olah PAS bersama BN," ," kata Muhammad Fauzi.

Logo PAS itu muncul bersama-sama dengan logo Umno, BN, MIC, MCA dan Gerakan, antara lain.

Wakil Umno, DAP diarah keluar DUN Pulau Pinang

 
 

Dua ADUN Pulau Pinang diarah meninggalkan mesyuarat Dewan Undangan Negeri hari ini selepas mereka terbabit dalam pertikaman lidah dan gagal mematuhi arahan Speaker Datuk Law Choo Kiang supaya duduk.

Kedua-dua mereka - RSN Rayer (DAP - Seri Delima) dan Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN-Teluk Bahang) tidak dibenarkan menghadiri perbahasan hari ini.

Pertikaman lidah tercetus apabila Rayer mendakwa ahli politik BN tertentu menjadikan wanita sebagai sebagai "objek seks".

Beliau berkata demikian ketika perbahasan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang oleh Mohd Saleh Man (PAS - Permatang Pasir), sempena pembukaan penggal kelima persidangan DUN, yang bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga Jumaat.

Shah Headen yang tersinggung dengan kata-kata Rayer, menuntutnya menarik balik kenyataan itu. Akibatnya, tercetus jerit-menjerit di antara kedua-dua mereka apabila Rayer enggan berbuat demikian.

Speaker kemudian mencelah dan mengarahkan kedua-dua mereka untuk duduk dan membenarkan Mohd Salleh untuk meneruskan perbahasannya, tetapi apabila kedua-dua mereka tidak mematuhinya, Law mengarahkan mereka untuk meninggalkan dewan.

Ketika ditemui kemudian, Law berkata, kedua-dua mereka diarahkan keluar kerana gagal untuk mematuhi arahan supaya duduk bagi membolehkan perbahasan diteruskan.

SPRM tahan ketua bahagian siasatan jenayah Melaka Tengah

 
Suspek adalah individu ke-12 ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut


sprm


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan individu ke-12 yang turut disyaki terbabit dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Suspek berusia 49 tahun itu merupakan ketua bahagian siasatan jenayah daerah Melaka Tengah, ditahan di pejabatnya jam 12.30 tengah hari tadi.

Suspek dijangka akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan kes yang sama, tempoh reman 9 individu termasuk 2 ketua polis daerah yang ditahan reman oleh SPRM sebelum ini dilanjutkan selama 5 hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 27 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, semua mereka direman selama 6 hari bermula 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam baki ketika dihubungi mengesahkan perkembangan kes itu dan menyatakan siasatan masih giat dijalankan bagi mengumpul bukti berhubung kegiatan semua suspek tersebut.

Azam turut tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi ditangkap bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bot KD Perdana TLDM berjaya dikesan

 
Pesawat pantai ‘beechcraft’ milik TUDM mengesan bot KD Perdana TLDM. 


Ahmad-Kamarulzaman-Ahmad-Badaru-4


KUALA LUMPUR: Bot KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitter rasminya.

Beliau berkata bot KD Perdana dikesan pesawat pantai ‘beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awalnya oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan 8 anggota laskar kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

Kerajaan bersih: Mengapa perlu tunggu 33 tahun lagi?

 MALAYSIA DATELINE

Mohd Sany HamzanMohd Sany Hamzan

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan yang mengatakan Malaysia akan mencapai negara bersih pada tahun 2050 melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) hanya membuka pekung yang ada.

Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, kenyataan itu membuktikan kerajaan yang ada pada hari ini tidak bersih sebaliknya terpalit dengan pelbagai kepincangan.

"Pemuda Umno tidak boleh menafikan bahawa kerajaan yang ada selama ini tidak mempunyai integriti disebabkan kegagalan urus tadbir dan tatakelola akibat pimpinan yang tidak amanah dan bertanggungjawab.

"Sebaliknya negara sedang menghadapi krisis kepimpinan yang sangat meruncing menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sesi dialog TN50 di Titiwangsa semalam, Razlan menyuarakan keyakinan terhadap kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendakwa menahan pelaku rasuah.

"Saya percaya kerajaan akan terus memakmurkan negara ini dan akhirnya kita akan ada kakitangan awam dan sektor swasta yang berintegriti tinggi pada tahun 2050 - percayalah - kita akan mempunyai pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya seperti dilaporkan media.

Mengulas lanjut, Sany menegaskan, kerajaan yang bersih mestilah dilaksanakan sejak awal pembentukan lagi.

Namun katanya, hampir 60 tahun Umno-BN memerintah negara, pentadbiran yang bersih gagal dilaksanakan disebabkan integriti parti dan pemimpin yang sedia ada.

"Kenyataan Pemuda Umno yang mensasarkan kerajaan bersih tahun 2050 adalah satu sasaran yang tidak masuk akal. Kenapa memerlukan 33 tahun lagi untuk memastikan pentadbiran negara benar-benar bersih?

"Kami menegaskan, rakyat mahukan kerajaan yang bersih dan amanah dalam pentadbirannya.
Selama hampir separuh abad Umno-BN memerintah negara terbukti gagal, kini mereka mahukan 33 tahun lagi untuk memastikan kerajaan bersih dapat dilaksanakan," katanya.

Pemuda Amanah Nasional juga yakin kerajaan yang bersih tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya Umno-BN terus memerintah negara dan rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan yang sedia ada sebaliknya mahukan satu pentadbiran baharu untuk memerintah negara.

"Kami yakin, rakyat tidak akan memberi ruang dan peluang sehingga 2050 untuk kerajaan yang sedia ada menjarah wang negara. Rakyat sudah mempunyai azam untuk membuat perubahan dalam PRU14 dengan memberi mandat kepada Pakatan Harapan," katanya.

PKR tidak akan serah kerusi kepada rakan Pakatan Harapan

 BERNAMA




PKR tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kepada rakan pembangkang pada PRU-14.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu diamanahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada mana-mana pimpinan parti itu yang terlibat dalam proses rundingan.

"Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.

"Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional parti itu di Shah Alam,semalam.

Saifuddin turut mencadangkan anggota parti yang terpilih bertanding pada PRU akan datang supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.

"Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun daripada kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada, saya bersedia.

"(Ia) supaya calon-calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. 'Lebih putih daripada warna putih'. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita," katanya.

Pemuda, Wanita Pakatan Harapan anjur demonstrasi bantahan RDPT di SPR esok


MALAYSIA DATELINE

Pemuda dan Wanita Pakata Harapan mengajak orang ramai untuk berkumpul di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) untuk membantah larangan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tamabahan (RDPT).

Dalam satu kenyataan diedarkan hari ini menyebut Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan melahirkan rasa dukacita terhadap SPR yang mengeluarkan larangan pengedaran RDPT.

"RDPT sangat penting bagi parti politik sebagai agen semak dan imbang maklumat bakal pengundi dalam pilihan raya umum akan datang untuk disahkan keabsahannya.

"Bagi kami, langkah terkebelakang SPR ini hanya akan menyukarkan parti-parti politik untuk memantau dan memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih.

"Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan meragui apakah matlamat larangan pengedaran tersebut dan sehingga hari ini SPR masih belum memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakan tersebut," ujar kenyataan itu.

Pada April lalu tersebar Surat Pekeliling oleh Setiausaha SPR Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, nombor rujukan: S.P.R.600-3/1/4(27), mengarahkan semua Pengarah SPR negeri mematuhi arahan untuk melarang pengedaran RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat kepada parti politik berikutan keputusan mesyuarat suruhanjaya itu pada 28 Mac lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dipetik berkata, tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan.

Justeru Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan berkata, tindakan sPR ini telah menyukarkan lagi parti politik berdaftar untuk memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih kerana sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya.

"Perbuatan SPR jelas cuba mengehadkan akses kepada rang daftar pemilih kepada parti-parti politik khususnya pembangkang.

"Oleh yang demikian, kami telah memutuskan untuk mengadakan satu demonstrasi bagi membantah larangan tersebut," ujarnya kenyataan itu.

Demontrasi itu dijadualkan yang akan diadakan pada esok (23 Mei) jam 11.30 pagi di Pejabat SPR Putrajaya.

"Kami mengajak semua pihak termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat untuk hadir ke demonstrasi ini bagi sama-sama menzahirkan bantahan terhadap larangan tersebut.

"Rakyat sebagai pengundi berhak untuk menyatakan bantahan terhadap sistem yang dilihat sangat tidak bertanggjawab ini." ujar kenyataan.


Perkasa saman Vell Paari

 Berita Daily Staff

Perkasa juga berikrar akan terus berkempen kepada semua ahli dan umat Islam menolak calun MIC pada PRU14 setelah bermula di Segamat Jumaat lepas

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akhirnya menerima cabaran Bendahari Agung MIC, S Vell Paari, selepas mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali memaklumkan bahawa Perkasa melalui Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co telah pun mengirim surat kepadanya bertarikh 17hb Mei 2017 beralamat Ibu Pejabat MIC.

“Kami menuntut beliau memberi penjelasan berkaitan kenyataan media beliau yang disiarkan oleh media dan juga kenyataan media penuh beliau yang tersebar melalui media sosial pada 12 Mei 2017,” katanya.

“Tetapi sehingga semalam masih lagi tiada apa-apa jawapan dari beliau,” tambah Syed Hassan lagi.
Katanya, Perkasa tidak perlu mengulas lebih lanjut kerana kami sudah serahkan isu ini kepada pihak peguam kami.

“Apa pun kami akan terus menunggu jawapan bertulis daripadanya. Kegagalan beliau menjawab dan membisu mengesahkan tuduhan beliau dan peguam kami akan mengambil tindakan selanjutnya dengan memfailkan kes saman fitnah (defamation) dalam masa terdekat.”

“Ini kerana kenyataan beliau pada 12 Mei, tersebut menuduh Perkasa bekerjasama dengan Dr Zakir Naik cuba untuk berdakwah ideologi dan merekrut ahli untuk ISIS. Ini adalah tuduhan yang amat berat kepada Perkasa yang mempunyai keahlian hampir 700 ribu orang dengan 95% adalah orang Melayu Islam. Jika beliau tidak nafikan segera selagi itulah kami akan berkempen tolak calon MIC,” tegasnya lagi.

“Hak kami untuk tolak pihak yang berniat jahat terhadap Perkasa. Hak kami juga untuk menolak mana-mana pihak memfitnah atau pihak yang penyokong pihak yang memfitnah pendakwah ulung umat Islam Dr Zakir dengan tuduhan liar,” ujar beliau.

“Mana-mana pihak yang memfitnah atau menyokong pihak-pihak yang memfitnah Zakir adalah bukan sahabat kepada Perkasa,”  tegas beliau sambil menambah Perkasa percaya tuduhan Dr Zakir terlibat dengan pengganas ISIS dan pembersihan wang haram adalah berniat jahat dan menghina seorang pendakwah Islam terulung dunia.

“Jika Vell Paari belum lagi terima surat dari peguam kami, beliau boleh tetapkan tarikh dan tunggu Wira Perkasa kami datang menyerahkan sendiri kepadanya pada bila-bila masa.”

Shahir sedia kahwini Erra Fazira


Shahir Zawawi
Shahir Zawawi
 
PENYANYI yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui dia dan bintang terkenal, Erra Fazira kini berkawan rapat.

Bahkan jejaka berusia 29 tahun ini juga bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

"Apa yang boleh saya katakan saya memang serius berkawan dengannya (Erra).

"Langkah seterusnya, Insya-ALLAH, doa-doakanlah semuanya dipermudah dan dipercepatkan. Cuma buat masa ini saya rasa belum manis untuk saya berkongsi.

"Bila sudah tiba masanya saya tidak keberatan untuk berkongsi," katanya.

Malah menurut Shahir, setakat ini tiada halangan dari pihaknya untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

"Apa yang boleh saya kata proses seterusnya yang berkaitan dengan adat-adat saya serahkan pada orang tua," ujarnya ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di Gombak, petang tadi.

Ditanya adakah dia sudah menemui ibu Erra, Shahir berkata, dia belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia juga bersedia untuk kembali aktif dalam industri seni selepas lebih tiga tahun menghilang.

"Saya tahu mungkin ada yang fikir saya main-main atau mungkin ada yang dah hilang kepercayaan kepada saya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan kehilangan saya sebelum ini kerana kerja dan tanggungjawab lain. Saya juga tidak mahu susahkan pihak lain andai tidak dapat beri komitmen sepenuh masa.

"Jadi tidak ada kena mengenalah dengan masalah kesihatanlah, keluargalah, merajuklah.

"Insya-ALLAH selepas raya ini saya akan muncul dengan sebuah program TV dan saya juga merancang untuk merakam single baru yang sudah lama tertangguh.

Harap perancangan kali ini dipermudahkan," jelasnya.

'Sembang biasa saja' dengan Azmin, kata PAS

 

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengenai kedudukan tiga exco parti Islam itu.

Sebaliknya, Sallehin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak memberitahu, beliau bersama tiga exco lain hanya sembang perkara biasa mengenai program berkaitan kerajaan negeri.

"Tak ada, tak ada (cakap mengenai kedudukan exco PAS).

“Itu sembang biasa tentang beberapa program berkaitan kerajaan negeri sahaja," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Pagi tadi Malaysiakini melaporkan, Azmin dilihat mengadakan perbincangan serius dengan pemimpin tiga pemimpin PAS itu di Sekinchan.

Perbincangan itu diadakan sebelum ketibaan Sultan Sharafuddin dan dianggarkan berlangsung kira-kira 20 minit.

Azmin dan pemimpin kerajaan negeri berada di situ sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemimpin PAS yang kelihatan duduk bersama Azmin ialah Sallehin, serta tiga exco negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Zaidy: Berkaitan program sultan

Sementara itu,salah seorang exco kerajaan negeri yang turut bersama dalam perbincangan pagi tadi, Zaidy, memberitahu bahawa pertemuan dengan Azmin hanya mengenai program yang dihadiri Sultan Selangor.

"Ia berkaitan program Tuanku. Sembang-sembang santai sahaja tentang lawatan Tuanku," kata Zaidy.

Selepas PAS memutuskan menamatkan kerjasama politik dengan PKR, kedudukan tiga exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri menjadi pertikaian ekoran terdapat desakan yang menggesa agar mereka digugurkan.

Azmin sebelum ini pernah bertemu dengan pemimpin PAS Selangor pada 12 Mei lalu bagi membincangkan tentang keputusan Majlis Syura Ulama tersebut.

PKR juga sudah mengarahkan anggotanya yang mendapat lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan serta-merta sebagai tanda tanggungjawab serta selaras dengan keputusan PAS memutuskan kerjasama politiknya.

PKR juga tidak membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan tiga exco berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Azmin sebelum sebarang keputusan dibuat.


Singkir Muhyiddin, PPBM pecah, kata Dr Mahathir

Berita Daily Staff
 
PPBM akan berpecah belah sekiranya menuruti desakan beberapa pihak yang mahukan Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatannya.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu akan berpecah belah sekiranya menuruti desakan beberapa pihak yang mahukan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatannya.

Dr Mahathir berkata, mereka yang mencadangkan tindakan itu diambil terhadap Muhyiddin sebenarnya adalah penyokong Perdana Menteri Najib Razak dan seharusnya disingkirkan daripada PPBM.

“Jika hari ini ia (Muhyiddin) disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.

“Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya,” kata Dr Mahathir, memetik kenyataan di laman blognya, www.chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata, terdapat kelompok yang mendakwa menyokong perjuangannya, sebenarnya adalah musuh yang berjuang untuk Najib.

“Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” kata bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, setelah disingkir, Muhyiddin tidak menjauhkan diri darinya seperti orang lain yang kehilangan jawatan.

“Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya.
“Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya,” katanya.

“Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.”

Wakil PKR tidak hadir angkat sumpah MDPP

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KOTA BHARU:  Tiga wakil PKR Kelantan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) tidak hadir pada majlis angkat sumpah yang diadakan pagi ini.

Ketiga-tiga mereka terdiri daripada Mohd. Rosdan Hassan dan Suzila Semail yang merupakan lantikan semula manakala seorang lagi Nor Rosmini Mohd. Nor pula lantikan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kegagalan ketiga-tiga mereka hadir untuk mengangkat sumpah tidak memberi apa-apa kesan kerana kerajaan negeri masih bersikap terbuka.

“Bagi kita selagi tidak ada surat rasmi peletakan jawatan maka pelantikan itu kekal. Kita akan beri masa dan melihat kepada situasi dan perkembangan selanjutnya, setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah.

“Kita melantik 37 wakil dari PKR sebagai Ahli Majlis di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini supaya mereka dapat bersama menyumbang demi kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis MDPP di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 20 daripada 23 Ahli Majlis MDPP yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua MDPP, Mohd Anis Hussin.

Sebelum ini, Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir mengumumkan pihaknya akan melepaskan semua 75 jawatan yang disandang wakil mereka dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan selepas keputusan Biro Politik PKR yang mengarahkan mereka berbuat demikian.

Pakatan Harapan 'perang besar' susulan mahu Wan Azizah jadi calon PM




DETIK DAILY

 

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan berpecah selepas PKR menamakan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, parti-parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14 akan datang.

"Menamakan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri pasti akan mencetuskan 'perang besar' dalam pakatan tersebut.

"PPBM tidak akan bersetuju dengan usaha tersebut kerana parti itu juga mempunyai calonnya tersendiri yang mereka anggap sebagai paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri.

"Onar pembangkang semakin terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana kejujuran mereka berpolitik. Wan Azizah telah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri untuk tempoh sementara bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di tabir besi," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Katanya, Anwar sewajarnya sudah boleh berehat dan bersara daripada kancah politik dengan menumpukan perhatian kepada keluarga setelah terpalit dengan pelbagai isu yang mencemarkan maruah, harga diri dan reputasi beliau.

"Perkembangan terbaru dalam pakatan pembangkang itu juga membuktikan PKR hanya memperjuangkan agenda politik Anwar yang masih rakus untuk berkuasa.

"Tindakan Pakatan Harapan menamakan Lim Guan Eng sebagai calon Timbalan Perdana Menteri juga sebagai sesuatu yang janggal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara ini.

"Ini menunjukkan secara jelas betapa PKR sekadar menjadi boneka kepada DAP, sebuah parti yang selama ini hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja," tegasnya.

Beliau mengulas laporan senarai rahsia yang bocor pada kongres PKR minggu lalu yang antaranya menyenaraikan Wan Azizah sebagai bakal Perdana Menteri sementara Guan Eng selaku Timbalan Perdana Menteri.

Dalam hubungan ini kata beliau, Pakatan Harapan tidak akan menjadi sebuah kesatuan politik pembangkang yang baik untuk menjaga kepentingan rakyat di negara ini.

"Parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Lambat laun Pakatan itu akan pecah dan saya menjangkakan akan berlaku perang besar di kalangan mereka susulan Wan Azizah diangkat sebagai calon perdana menteri," tegasnya.

Isu Wan Azizah yang akan diangkat sebagai calon perdana menteri dikatakan tidak disenangi PPBM yang mana media melaporkan beberapa pemimpin tertinggi parti serpihan itu tidak menyokong pencalonan tersebut.

"Ada pihak mendakwa pemimpin tertinggi PPBM juga mengidamkan jawatan tersebut, ini semua akan menjadikan Pakatan Harapan haru-biru," ujarnya.

Mengulas ketegasan Pas yang dikatakan tidak akan memberikan kerjasama kepada UMNO pada PRU ke-14 akan datang, Syed Ali menjelaskan perkara tersebut tidak berbangkit.

"Saya juga ada dengar kenyataan pemimpin mereka tidak akan berikan kerjasama kepada UMNO, saya nak tanya, apakah selama ini UMNO bergantung nyawa kepada mereka?" soalnya.

Bagaimanapun katanya, soal kerjasama politik membabitkan Pas-UMNO terserah kepada pucuk pimpinan kedua parti.

"Mungkin boleh berlaku dan mungkin boleh jadi tidak, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti," jelasnya.

Mengulas keghairahan Pas untuk menawan beberapa kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, beliau berkata UMNO juga akan berusaha untuk merampas kerusi yang dipegang pembangkang.

Katanya, Pas berhajat untuk menawan beberapa kerusi Parlimen dan semestinya mereka akan berdepan tentangan sengit daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri.-A/Awani
 
 

PAS enggan ulas butiran pertemuan dengan Azmin

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Exco PAS, Zaidy Abdul Talib enggan mengulas kedudukan terkini tiga wakil rakyat parti itu di dalam kerajaan negeri, selepas kesemua mereka didakwa mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar, hari ini.
 
Sebaliknya beliau meminta agar gesaan PKR terus mengadakan rundingan bersama PAS diajukan terus terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
 
"Itu kena tanya Menteri Besar terus atau Anwar Ibrahim. Saya tak pasti yang itu," katanya ringkas ketika ditemui pemberita sebentar tadi. 
 
Terdahulu Azmin dilihat mengadakan perbincangan bersama tiga exco PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor di Sekinchan, pagi tadi selama kira-kira 20 minit.
 
Kesemua mereka hadir sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke daerah berkenaan.
 
Perbincangan tersebut hanya melibatkan exco-exco PAS iaitu Zaidy, Datuk Iskandar Samad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan pesuruhjaya, Sallehin Mukhyi.
 
Kesemua Exco PAS Selangor didesak supaya meletakkan jawatan selepas parti itu mengambil ketetapan membatalkan tahaluf siyasinya dengan PKR.
 
PKR pula 'membalas' ketetapan itu dengan mengarahkan kesemua lantikan politiknya di Kelantan supaya melepaskan jawatan masing-masing.
 
 

PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar 'isyarat' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menyerahkan 30 kerusi milik PKR kepada mana-mana pihak, termasuk rakan-rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH). 
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya ia juga sebagai satu petanda bahawa PKR cuba untuk mengungguli dan menguasai parti pembangkang lain hari ini.
 
“Isu besar dalam pengagihan kerusi dalam PH itu adalah satu isyarat yang dihantar oleh PKR bahawa parti Amanah dan PPBM tidak akan diberi kerusi sebab itu di dalam muafakat.
 
“Cuma saya fikir kenyataan yang dia (Saifuddin) itu sebagai peringatan kepada parti-parti dan komponen dalam PH," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan pendirian parti itu untuk tidak memberikan 30 buah kerusi yang dimenangi PKR kepada mana-mana parti pembangkang termasuk DAP, PPBM dan Amanah.
 
Beliau merujuk kepada panduan yang dimaklumkan Anwar dalam proses rundingan yang melibatkan PKR dan parti-parti pembangkang yang lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Sehingga kini belum ada lagi ketetapan untuk Amanah dan PPBM, dua parti baru yang menyertai PH, untuk bertanding di mana-mana kerusi.
 
Amanah, sebagaimana ditegaskan berkali-kali sebelum ini bahawa ia hanya akan bertanding di kesemua kerusi milik PAS, dan menghormati kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang yang lain.
 
Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas tindakan Amanah itu bukan sahaja mewujudkan pertandingan tiga penjuru, malah memberi peluang kemenangan kepada Umno-Barisan Nasional.
 
“Baik dia tumpu kepada kawasan-kawasan lain yang bukan kerusi tradisi PAS.
 
“Kita tengok begitulah (Amanah cuba nak wujudkan tiga penjuru) sebab kalau mereka meletakkan juga calon, bererti mereka yang wujudkan tiga penjuru bukan PAS, contohnya di Kelantan atau tempat-tempat yang PAS dah menang di Selangor, kalau mereka letak juga bererti sudah pastilah mereka yang menjadikan tiga penjuru," ujarnya.
 
 

PRU 14: Ke mana hala tuju pengundi India?

B Nantha Kumar
 
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, bahawa jumlah India Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi sehingga Februari 2017 ialah 985,000 daripada jumlah 1,362,000 pengundi yang layak mengundi

KUALA LUMPUR: Walaupun tarikh tepat Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU 14) belum lagi diketahui, paluan ‘gendang PRU’ sudah kedengaran selepas hampir kesemua parti politik mula bersiap sedia untuk menghadapi PRU 14 yang dikatakan bakal menempah nama sebagai PRU paling sengit dalam sejarah negara kita.

Apakah strategik Perdana Menteri Najib Razak lebih hebat berbanding dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang sering dilabel sebagai ‘master politician’ yang kini bersedia menumbangkan Umno.

Adakah bala tentera Mukhriz Mahathir mampu menggugat Kedah? Mampukah Mohd Shafie Abdullah sempurnakan ‘mission tawan Sabah’ dari Semporna? Dan akhir sekali, hebat sangatkah Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bercita-cita untuk menawan lima negeri?

Hanya masa akan terjawab. Walaupun, Najib mengambil sikap berdiam diri, ramai termasuk pemimpin-pemimpin BN percaya bahawa PRU akan diadakan sebelum hujung tahun ini.

Disebalik demam dan keriangan politik tanah air ini, satu soalan yang muncul dikalangan pakar politik dimanakah pengundi India kali ini?

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan, bahawa jumlah pengundi India Malaysia yang berdaftar sehingga Februari 2017 ialah 985,000 daripada jumlah 1,362,000 pengundi yang layak mengundi.

Jumlah pengundi India adalah 6.8% daripada jumlah 13,469,000 pengundi yang berdaftar mengundi pada PRU 14 nanti. Walaupun, angka pengundi sangat kurang berbanding Bumiputera 9,082,000 (62.9%) dan Cina 4,258,000 (29.5%), ramai pemerhat politik mengakui pengundi India merupakan salah satu kunci kemenangan di 58 kerusi Parlimen.

Angka ini cukup signifikan kepada kedua-dua gabungan mahupun BN atau Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan Putrajaya pada PRU 14 ini.

Soalannya apakah pendirian pengundi India? Adakah mereka bersedia untuk satu lagi ‘Tsunami politik’ atau sebaliknya?

PRU 14 akan memihak kepada PH?

MIC1

Menurut Setiusaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Barathidasan, PRU 14 akan memihak kepada PH.

“Ini kerana rakyat India sangat marah dengan BN. Bila saya sebut marah, ia betul… mereka sangat marah dengan BN dan MIC. Khusunya dalam isu Dr Zakir Naik, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin,” katanya kepada Berita Daily.

“Kalau pada 2008, pengundi India marah dengan isu perobohan kuil dan isu kematian ‘Everest Moorthi’ kin, mereka dengan dengan Zakir dan Asri yang menghina penganut Hindu. Namun, tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

“Sebagai contoh sudah lebih 150 laporan polis sudah dibuat terhadap Dr Asri. Tetapi masih tiada tindakan daripada pihak polis kerana tekanan dari pihak atasan. Lebih kecewa, MIC sebagai parti komponen masih tidak mampu buat apa-apa. Hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan,” tegas beliau.

Tambahnya, selain isu Zakir, DLP (program dwibahasa) kenaikan harga barang, diskriminasi kerajaan terhadap pelajar-pelajar India juga beberapa isu sampingan yang mendorong kejatuhan sokongan pengundi India kepada BN.

Ditanya mengenai Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia, Barathidasan berkata ianya satu gimik politik oleh BN.

“Pelan tindakan itu hanya satu janji politik. Kita sudah nampak banyak pelan tindakan sebegini. Misalnya, daripada Hindraf, Denison Jayasuria dan bekas Presiden MIC G Palanivel.

Kesemuanya dipersetujui oleh Najib. Namun tiada satupun dilaksanakan,” jelasnya sambil menambah yang akan mendapat manfaat daripada pelan tindakan ini ialah ahli politik bukannya rakyat biasa.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak realiti bahawa pembangkang juga tidak bersungguh-sungguh dalam usaha menawan hati pengundi India.

“Ada beberapa perkara membuat pengundi India rasa tidak puas terhadap pembangkang. Perobohan kuil, permintaan kaum India di negeri-negeri pembangkang ditolak merupakan beberapa perkara yang sering diapi-apikan oleh BN.

“Tetapi, saya percaya ia masih tidak mencukupi untuk BN meraih undinya. Pada jangkaan saya PH akan mendapat 60% hingga 65%. Manakala, BN hanya sekadar 35% hingga 40% peratus sahaja,” ujar beliau.

Bersetuju dengan pendapat Barathidasan, Ahli Parlimen Batu

MIC2

Gajah, V Sivakumar berkata PH bakal akan mendapat sekurang-kurangnya 60% sokongan daripada pengundi pada PRU akan datang.

“Ini kerana pengundi India semakin menghimpit dari segi ekonomi manakala, golongan atasan pula tidak serik dengan kenyataan dan tindakan rasis dari Umno dan penyokongnya.

“Terdapat dua golongan India, iaitu golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Kedua-dua golongan ini tidak lagi percaya dengan janji-janji BN dan pentadbirannya,” katanya pemimpin DAP itu.

“Disamping golongan berpendapatan rendah sesak nafas dengan harga barang tinggi dan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), golongan berpendapatan tinggi pula semakin menjauhkan diri dengan BN kerana tindakan dan kenyataan rasis oleh pemimpin dan pegawai kerajaan BN,” jelas beliau.

“Saya yakin PH akan mendapat minimum 60% sokongan pengundi India pada PRU akan datang,” tegasnya lagi.

Keadaan sudah berubah

MIC4

Namun, kenyataan beliau tidak disambut baik oleh Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, K Arivind.
Katanya, rakyat Malaysia khususnya India tidak lagi percaya dengan propaganda pembangkang.

“Cara berfikiran pengundi India sudah banyak berubah berbanding PRU 12 pada 2008. Mereka sudah bosan dengan pembangkang,” tegas beliau sambil menambah rakyat sudah tidak percaya lagi pembangkang.

“Sebagai contoh, kenaikan harga barang bukan satu perkara isu tempatan sebaliknya isu antarabangsa. Terdapat banyak faktor untuk kenaikan harga. Tetapi, pembangkang sering menuding jari ke arah kami tanpa memberi sebarang faktor munasabah,” jelasnya.

Tambah beliau, pengundi India sudah muak dengan pembangkang yang masih cuba meraih undi dengan membelakangan segala usaha BN.

“Cuba tengok, mereka (pembangkang) kata masih 300,000 rakyat India di Malaysia tidak mempunyai dokumen-dokumen pengenalan diri yang lengkap. Bila kami melancar program ‘mega daftar’ tiada pemimpin pembangkang termasuk Hindraf tampil ke hadapan untuk membuktikan kewujudan 300,000 orang ini. Jadi siapa yang menipu di sini?” tanya beliau.

Menurutnya, beliau yakin dengan kekuatan BN dan MIC pada kali ini, dan pada PRU 14 ini, di mana pengundi India akan kembali kepada BN.

BN perlu calon tempatan?

MIC3

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan, S Subramaniam berkata MIC mampu mencapai sasaran memenangi 14 kerusi DUN dan 6 kawasan Parlimen kerana BN kini menuju di landasan yang betul.

“Saya percaya buat masa ini 55% pengundi India bersama BN-MIC dan angka akan terus melonjak dalam masa akan datang,” katanya.

“Dulu memang kita mempunyai perkara yang mengakibatkan kita kalah undi kepada pembangkang. Tetapi, ia sudah dikenal pasti. MIC kini sudah pun mengetuai nadi masyarakat India.”

Ketika ditanya mengenai kemungkinan sokongan India kepada BN, Subramaniam berpendapat bahawa calon pada PRU 14 akan menjadi salah satu faktor penting.

“Saya percaya calon tempatan akan menjadi satu faktor penting untuk MIC bagi terus meraih undi dikalangan kaum India. Ke mana sahaja kita pergi, salah satu permintaan daripada pengundi adalah mereka nak calon tempatan,” katanya.

“Mereka nak calon tempatan kerana senang berkomunikasi dan saling mengenali sejak kecil lagi,” ujar Subramaniam lagi.

ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Kesemua sepuluh ADUN Umno di Pulau Pinang hari ini memakai riben putih pada kemeja mereka kerana yakin pentadbiran amanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sudah terkubur. 
 
Ini berikutan keputusan Speaker Dewan, Datuk Law Choo Kiang yang juga ADUN PKR, untuk menolak usul mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng berundur sementara sehingga selesai perbicaraan kes rasuahnya. 
 
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata tindakan menolak usul itu tanpa dibahas atas alasan teknikal amat dikesali. 
 
ADUN Ayer Tawar itu menegaskan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dicanang oleh Guan Eng ditolak oleh beliau sendiri dan kerajaan negeri pimpinannya. 
 
Beliau berkata penolakan usul itu tanpa dibahas menunjukkan niat buruk kerajaan negeri menutup mulut pembangkang mengenai isu-isu penting melibatkan amanah rakyat. 
 
Jahara dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sebelum ini mengemukakan usul meminta Guan Eng melepaskan semua jawatan awam beliau sehingga perbicaraannya selesai. 
 
Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran untuk kegunaan peribadi dan menyalahguna kuasa berhubung penukaran status sebidang tanah.
 
Speaker DUN bagaimanapun menolak usul itu kerana kononnya kes Guan Eng itu tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada bersabit penjawat awam yang disabit kesalahan jenayah. 
 
Jahara menegaskan usul itu dikemukakan demi kepentingan awam dan hanya bertujuan  meminta Guan Eng berundur sementara atas prinsip kebertanggungjawaban. 
  
“Speaker berlaku tidak adil kerana menggunakan peruntukan undang-undang yang salah untuk menolak usul kami. 
 
“Kami merujuk keperluan Ketua Menteri untuk meletak jawatan sehingga kes mahkamahnya selesai demi membela integriti jawatan itu,” kata beliau. 
 
Farid berkata usul yang dikemukakan menekankan perlunya penjawat awam termasuk Ketua Menteri yang menghadapi perbicaraan kes jenayah meletak jawatan sehingga keputusan mahkamah di ketahui. 
 
“Bagaimanapun Speaker DUN menggunakan undang-undang mengenai penjawat awam yang di sabit kesalahan untuk menolak usul kami.  Ia adalah dua perkara berbeza dan keputusannya tidak masuk akal,” kata beliau.

Speaker DUN 'penakut', kata BN Pulau Pinang

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dianggap ‘penakut’ selepas memilih untuk mengekalkan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di negeri itu.
 
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan Law itu sekadar mengikut arahan tertentu tanpa mempunyai satu pendirian yang teguh.
 
“(Seperti) Pak turut lah, dia (Law) tak berani buat keputusan, sepatutnya buat satu keputusan yang melambangkan DUN bersedia untuk mengambil isu ini, (jadi) berdebatlah.
 
“Speaker, dia ikut arahan, dia bukan ada arahan tersendiri. Dia tengok pun tahu lah, PKR selalu melaung-laungkan dia berpegang kepada prinsip demokrasi. Speaker pun kita faham, dia bukan ada banyak kuasa, dia dikuasai oleh kerajaan negeri, jadi kalau kerajaan negeri kata jangan, janganlah.
 
“BN bukan ada undi majoriti, BN hanya minoriti, kalau tak bersetuju tolak sahaja, biar Dewan bahas dan tolak dalam Dewan, ini nak berbahas pun tak benarkan, " katanya.
 
Tambah Teng, DAP tidak tahu malu apabila hanya bijak melihat kesalahan yang dilakukan pemimpin BN, tetapi menutup mulut ketika pemimpin parti sendiri melakukan kesalahan yang sama membabitkan rasuah.
 
“Jadi DAP, sejak lama lagi bila kena kepada orang BN, dia minta orang letak jawatan dan bercuti, jadi sekarang prinsip dia sama, BN cuma minta dia ambil cuti sehingga kes dia selesai, itu sahaja.
 
“Di mana juga negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, bila pemimpin berkenaan didakwa di mahkamah, biasanya mereka mengambil cuti ataupun ada yang letak jawatan.
 
Hari ini, sidang DUN Pulau Pinang tegang apabila wakil Barisan Nasional (BN) membantah keputusan Speaker yang menolak usul menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya selesai.
 
Ia tercetus apabila, Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) tidak berpuas hati dengan penjelasan, Datuk Law Choo Kiang berhubung perkara itu selain mendakwa jawapan bertulis speaker membabitkan penolakan usul berkenaan juga tidak dinyatakan dengan jelas.
 
Terdahulu, Law berkata usul berkenaan ditolak kerana perkara itu sudah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri termasuk kes membabitkan prosiding mahkamah, disabit kesalahan atau dalam tempoh rayuan. 
DAP Digesa Jawab Tuduhan Amalkan Christian Zionism di Malaysia By Wartawan Menara - May 16, 2017 SHARE Facebook Twitter Putrajaya: DAP digesa menjawab pertuduhan bahawa parti politik tersebut terlibat aktif dalam gerakan “Dominionism dan Christian Zionism di Malaysia”. Gesaan tersebut dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki. Menurut Dr Mohd Zuhdi ini adalah berdasarkan satu pendedahan yang dibuat oleh buku “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” tulisan penulis Ian Buchanan yang antara lain mendakwa DAP khasnya Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh terlibat dalam agenda Kristianisasi melalui satu tajuk kecil dalam buku tersebut yang bertajuk “Dominionism: Lesson from Penang”. “Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.” Sambil menyatakan sokongan kepada pendedahan yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Kata Dr Mohd Zuhdi lagi “sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.”

Read more at: https://www.menara.my/dap-digesa-jawab-tuduhan-amalkan-christian-zionism-di-malaysia/
DAP Digesa Jawab Tuduhan Amalkan Christian Zionism di Malaysia By Wartawan Menara - May 16, 2017 SHARE Facebook Twitter Putrajaya: DAP digesa menjawab pertuduhan bahawa parti politik tersebut terlibat aktif dalam gerakan “Dominionism dan Christian Zionism di Malaysia”. Gesaan tersebut dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki. Menurut Dr Mohd Zuhdi ini adalah berdasarkan satu pendedahan yang dibuat oleh buku “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” tulisan penulis Ian Buchanan yang antara lain mendakwa DAP khasnya Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh terlibat dalam agenda Kristianisasi melalui satu tajuk kecil dalam buku tersebut yang bertajuk “Dominionism: Lesson from Penang”. “Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.” Sambil menyatakan sokongan kepada pendedahan yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Kata Dr Mohd Zuhdi lagi “sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.”

Read more at: https://www.menara.my/dap-digesa-jawab-tuduhan-amalkan-christian-zionism-di-malaysia/

Rombakan besar-besaran PDRM dibuat secara dalaman – Ahmad Zahid



MALAYSIA GAZETTE



Ahmad Zahid Hamidi

DENGKIL – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan rombakan besar-besaran secara dalaman namun tidak mengumumkan perinciannya bagi mengelak salah sangka masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau menyambut baik langkah-langkah yang dilakukan untuk membetulkan organisasi penguatkuasaan itu dari dalam.

“Kita lakukan rombakan ini secara dalaman dan akan dilakukan secara besar-besaran,” katanya kepada pemberita selepas program makan tengah hari dan solat Zuhur di Surau Kampung Orang Asli Bukit Dugang, di sini.

Pada 15 Mei lepas, PDRM mengumumkan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penangkapan 16 anggota termasuk pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata beliau menghargai pemantauan dan penguatkuasaan agensi luar terhadap PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun publisiti berlebihan akan memberi persepsi amat negatif terhadap badan penguatkuasaan itu.

Beliau juga menyatakan komitmen kementerian dan PDRM untuk melakukan pembaharuan dan mendengar denyut nadi serta sungutan rakyat.

“Kita juga mengikuti dengan dekat komen-komen daripada netizen terhadap langkah-langkah yang diambil oleh PDRM.

“Beri kepercayaan kepada saya dan kepimpinan utama PDRM untuk melakukan sesuatu yang baik demi rakyat dan negara,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang turut hadir pada program itu berkata PDRM sedang mempertimbang untuk melaksanakan dasar pertukaran tiga tahun sekali bagi jawatan sensitif dengan lebih tegas.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak seseorang anggota dan pegawai berada di tempat sensitif terlalu lama.

“Kita sedang lihat sistem dalaman mengenai pertukaran selepas jangka masa tertentu. Kadangkala bukan kita tidak mahu tukar, tetapi banyak faktor yang kita mesti lihat, anak sekolah, kos pertukaran dan sebagainya,” katanya.

Mengenai penahanan pegawai dan anggota terbabit, beliau berkata PDRM telah dan sedang mengambil tindakan pembetulan untuk memastikan pegawai-pegawai di tempat sensitif dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi kepada mereka.— BERNAMA


Integriti Kerajaan DAP P.Pinang jual tanah tanpa tender terbuka dipersoal

MALAYSIA GAZETTE
Jason Loo

PULAU PINANG – Integriti dan ketelusan Kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoal selepas menjual tanah milik rakyat di Lebuh Raya Peel, Georgetown di sini tanpa melalui proses tender terbuka.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan prinsip dan amalan yang kononnya diperjuang kerajaan negeri iaitu memastikan proses tender terbuka dalam penjualan tanah bagi mengelak berlakunya rasuah.

Menurut beliau, penjualan tanah yang dikenali sebagai Pearl Avenue seluas kira-kira tiga hektar tanpa proses tender terbuka itu jelas merugikan penduduk negeri ini dan kerajaan negeri sendiri.

Ini kerana, kata beliau, tanpa proses tender terbuka, kerajaan negeri tidak dapat memilih pihak yang mungkin menawarkan harga lebih tinggi berbanding nilai RM156 juta seperti yang dipersetujui dengan Island Hospital Sdn. Bhd. sebelum ini.

“Selain itu, kita juga tertanya-tanya mengapa penjualan tanah ini yang harganya sekaki perseginya lebih tinggi (RM559) tidak perlu melalui proses tender terbuka tetapi tanah di Bayan Baru yang hanya RM240 sekaki persegi pula perlu melalui proses itu?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan tanah di Lebuh Raya Peel itu sudah dipajak secara jangka panjang bagi pembinaan hospital swasta.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pelepasan tanah itu tidak dibuat menerusi tender terbuka memandangkan syarikat berkenaan adalah pelabur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).

Sementara itu, Jason turut mempersoal sama ada cadangan pembinaan hospital swasta di tapak tanah berkenaan yang bernilai RM2 bilion merupakan keperluan mendesak penduduk Pulau Pinang ketika ini.

Lebih malang, kata beliau, disebabkan tanah itu sudah dilepaskan tanpa tender terbuka, penduduk negeri ini menanggung kerugian berganda kerana perjanjian tersebut sepatutnya memberi pulangan lebih lumayan.

Selain itu, beliau turut mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan mengapa tanah tersebut dipindah milik kepada Perbadanan Ketua Menteri (CMI), bukannya kepada agensi lain seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Berapa banyak sebenarnya tanah kerajaan negeri yang sudah dipindahkan kepada CMI dan berapa banyak pula yang sudah dijual?” katanya.

Menurut Jason, penjelasan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung segala tanda tanya itu sangat mustahak sebagai keadilan kepada penduduk negeri ini sekali gus menghormati prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang kononnya diperjuangkan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette


Warisan selar tuduhan Shafie ada kaitan militan Sulu

 
Parti pembangkang Sabah itu berkata gambar Shafie dan komander Sulu diambil ketika majlis makan malam yang dihoskan Abdullah Ahmad Badawi


Darrel-Liking 

PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar cubaan memburukkan nama baik Presidenny Datuk Seri Shafie Apdal dengan mengaitkan beliau dengan komander militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Isu itu timbul baru-baru ini selepas seorang pemimpin Umno Sabah, Datuk Ainal Fattah mencabar Shafie menjelaskan gambarnya bersama Agbimuddin Kiram, yang mengetuai 235 militan bersenjata meneyrang Sabah pada Februari 2013 di bawah arahan Jamalul Kiram III.

Pertempuran antara militan dengan pasukan keselamatan berlangsung selama kebih sebulan dan mengakibatkan kematian 10 anggota keselamatan, 56 militan dan 6 orang awam.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking di Facebook hari ini berkata gambar itu diambil ketika majlis makan makan yang dihoskan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut memuatnaik gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Agbimuddin, yang pernah tersebar di internet, dan mencabar Najib menjelaskan gambar tersebut.

“Jika Shafie ada sebarang kaitan dengan militan Sulu atau pemimpin mereka, mengapa dia tidak disiasat sebelum ini?

“Mengapa tiada soalan yang ditanya mengenai Abdullah atau Najib Razak? Mengapa mereka tidak disiasat juga? Mengapa pendirian kerajaan persekutuan mengenai hubungan dengan sultan Sulu tidak dipersoalkan?” kata Leiking.

Leiking, yang juga ahli Parlimen Penampang, turut mempersoalkan mengapa mayat militan dikebumikan di Sabah.

“Mengapa tidak ada sebarang permintaan bantuan undang-undang bersama untuk membicarakan Kiram sekeluarga di Filipina dan mengapa Filipina belum menggugurkan tuntutan ke atas Sabah?”

Sebelum ini, Leiking mendakwa Agbimuddin memiliki kewarganegaraan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di Kudat, Sabah.

Menteri dalam negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesahkan Agbimuddin memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Akhbar Sabah, Daily Express baru-baru ini melaporkan Ainal, yang merupakan Ketua Umno Cawangan Pulau Bum-Bum, menggesa Shafie menjelaskan adakah gambar beliau dan Agbimuddin itu palsu.
Ainal berkata dakwaan
Shafie kenalan komander Sulu itu bercanggah dengan seruan politik “Sabah untuk rakyat Sabah”.

Insiden tampar: David Teo sedia beri kerjasama 100%

 
Teo berkata setakat ini belum menerima sebarang notis atau panggilan daripada pihak polis untuk hadir memberi keterangan.


david-teo-slap 


PETALING JAYA: Penerbit filem, Datuk David Teo bersedia memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa berhubung kekecohan yang berlaku pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri di Seri Perdana, Rabu lalu.

Katanya, beliau belum menerima sebarang panggilan atau notis daripada polis, tetapi berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada polis bagi memudahkan siasatan berhubung insiden itu.

“Saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa dipetik China Press sebagai berkata, mereka akan memanggil Teo dan Sulaiman Yassin yang lebih dikenali sebagai Mat Over, minggu ini untuk merakamkan keterangan mereka.

Ia susulan kekecohan pada Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni di Putrajaya, Rabu lalu, yang berpunca daripada tindakan Teo mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk bertanya soalan kepada perdana menteri.

Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo sambil disaksikan Najib.

Ditanya mengenai penjelasan yang akan dibuatnya kepada polis, Teo bagaimanapun enggan mengulas.

“Jawapan kepada polis adalah sulit, saya minta maaf tidak boleh beritahu,” kata pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG).

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan selepas polis menerima 2 laporan dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Dalam PKR Pun Ada Yang Cemburu

Caspian


Mohamed Azmin Ali


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan menyatakan pendirian berhubung saranan AMK Pulau Pinang yang meminta beliau mengekalkan tiga exco Pas dalam kerajaan Selangor.

Mohamed Azmin berkata, apa yang dibangkitkan oleh pihak sana didorong atas rasa cemburu terhadapnya.

“Mereka sebenarnya cemburu. Cemburu bukan datang dari luar, dari dalam parti pun ada.
“Cemburu untuk kebaikan parti, tidak mengapa,” kata Mohamed Azmin di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12, di sini, hari ini.

Kerajaan Selangor disaran untuk mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang yang masih mengekalkan Adun Pas dalam pentadbiran walaupun tahaluf siyasi antara kedua pihak terputus sebelum ini.

Ketua AMK Pulau Pinang, Afif Baharuddin berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri masih menjemput Adun terlibat ke mesyuarat kerajaan negeri Adun Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas telah sepakat membuat keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

[ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kena contohi Pulau Pinang]

Susulan perkembangan itu, PKR telah mengarahkan semua ahlinya untuk melepaskan jawatan lantikan politik di dalam kerajaan Kelantan.

Namun begitu, exco Pas yang masih bertugas di dalam kerajaan negeri Selangor enggan melepaskan jawatan selepas tahaluf siyasi berkenaan diputuskan.

Mohamed Azmin menambah, Selangor dan Pulau Pinang seharusnya tidak bersaing sebaliknya harus melengkapi antara satu sama lain.

“Mana-mana (AMK) Pulau Pinang buat tetapi Selangor tidak buat, Insya-ALLAH kami akan buat, tetapi mana-mana yang Selangor sudah buat dan AMK Pulau Pinang belum buat, maka tolonglah buat,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui selepas penangguhan kongres menjelaskan tiga Exco Pas masih kekal dalam kerajaan negeri buat masa ini.

“Mereka (Exco Pas) masih di situ (dalam kerajaan Selangor),” jawabnya ringkas.

PRU14: PKR Tidak Akan Serah Kerusi Pada Rakan Parti

Caspian
 
 
PKR


PKR tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kepada rakan pembangkang pada PRU-14.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu diamanahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada mana-mana pimpinan parti itu yang terlibat dalam proses rundingan.

“Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.

“Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional parti itu di sini, hari ini.

Saifuddin turut mencadangkan anggota parti yang terpilih bertanding pada PRU akan datang supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.

“Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun daripada kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada, saya bersedia.

“(Ia) supaya calon-calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih daripada warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya.

Pakatan Harapan Menyokong Perarakan LGBTIQ

Suara Kebenaran




Usaha sebuah Universiti swasta di Selangor untuk mengadakan perarakan kesaksamaan jantina, LGBTIQ pada 6-8 Jun ini, telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Pakatan Harapan.

Sekalipun difahamkan perarakan itu sudah dibatalkan tapi perkara tersebut hanya bersifat sementara. Menurut jurucakap University Tylor dimana perarakan itu akan diadakan, acara ini akan tetap diteruskan seperti mana dijadualkan setelah beberapa isu berkaitan dengannya selesai.

Pembatalan ini menurut jurucakap tersebut adalah bagi menyelesaikan beberapa isu berkaitan sensitiviti masyarakat Islam di kawasan sekitar walaupun pada hakikatnya perarakan ini tidak langsung berkaitan dengan penganut agama tersebut.  Isu tersebut bagaimanapun  hampir selesai hasil campur tangan pemimpin masyarakat setempat dari Amanah dan PKR yang telah mengadakan beberapa siri perjumpaan  dengan masyarakat di kawasan sekitar.

Respon yang diterima setakat ini adalah baik dan masyarakat Islam di sekitar University Tylor mampu menerima penganjuran majlis tersebut walaupun ia diadakan pada bulan puasa kerana ia jelas tidak menjejaskan mereka dalam apa keadaan sekalipun.

Sebagai parti yang menyokong hak kesaksamaan jantina di negara ini, adalah tidak betul kalau Pakatan Harapan tidak menyokong acara tersebut.  Pakatan Harapan perlu menyokong acara ini dalam apa keadaan sekalipun.

Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan

Oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff 



KEPADA ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.

Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia dan mengenai kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak.

Asas yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) Akta Pertubuhan yang berbunyi:

“Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan berdaftar dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya dan dalam menjalankan hal-ehwalnya, memastikan bahawa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal itu adalah mengikut, selaras mengikut dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-Perlembagaan Negeri, dan jika ada apa-apa daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal mana-mana pertubuhan yang adalah dalam apa cara berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai —

(b) Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama-agama lain diamalkan secara aman dan harmoni; atau

(d) Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak;
seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan itu selepas memberi pertubuhan itu suatu peluang untuk memberi representasi kepadanya.”

Satu lagi peruntukan yang akan kami gunakan adalah Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan yang berbunyi:

“Tertakluk kepada seksyen kecil (2), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 jika Pendaftar puas hati —

(ii) bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan;

(iii) bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan;”

Setakat ini sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini.

Ahli-ahli akademik yang bersetuju untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini  adalah termasuk ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan berikut:

• UM – Universiti Malaya, KL
• UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
• UPM – Universiti Putra Malaysia, Selangor
• USM – Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
• UTM – Universiti Teknologi Malaysia, Johor
• UMP – Universiti Malaysia Pahang, Pahang
• UIAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor
• UUM – Universiti Utara Malaysia, Kedah
• UMS – Universiti Malaysia Sabah, Sabah
• UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
• USIM – Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
• USAS – Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia, Perak
• UITM – Universiti Teknologi MARA, Selangor
• UMT – Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu
• UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
• UniMAP – Universiti Malaysia Perlis, Perlis
• UniSZA – Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
• UMK – Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan
• UNISEL – Universiti Industri Selangor, Selangor
• MMU – Universiti Multimedia, Selangor

Kepada mana-mana ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan yang turut berminat untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya, dengan syarat bahawa anda hendaklah mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD).

*Dr Kamarul Zaman Yusoff merupakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jamal gesa MCA kembalikan sokongan pengundi Cina di Sekinchan

ANTARAPOS.COM



SEKINCHAN: Barisan Nasional (BN) bertekad menguasai dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Barisan Nasional kawasan Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata pihaknya telah menggerakkan langkah menghadapi PRU14 terutama di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN kehilangan kerusi itu sejak tiga penggal lepas, lapor Bernama.

“Sebagai persiapan awal, pembukaan bilik gerakan peringkat cawangan di DUN Sekinchan dilancarkan untuk menghadapi PRU-14.

“Meskipun kita tak tahu bila tarikh pilihan raya, tetapi kami terutamanya di DUN Sekinchan akan membuka bilik gerakan lebih awal.

“DUN Sekinchan juga menjadi DUN pertama yang menggerakkan jentera,” katanya ketika melancarkan Jentera BN DUN Sekinchan bagi PRU14 di Sekinchan di sini, malam tadi.

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar berkata untuk menebus kekalahan di DUN Sekinchan, MCA perlu mengembalikan sokongan pengundi Cina di kawasan itu yang dianggar seramai 10,000.

Kerusi DUN Sekinchan kini disandang Ng Suee Lim daripada DAP.

Sementara itu, Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, ketika berucap pada majlis itu berkata BN telah pun mengotakan janji yang dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar Jun tahun lepas untuk menaik taraf pasar awam Sekinchan demi keselesaan peniaga.

Terowong dasar laut akan dibatal jika jambatan ketiga dlulus

ANTARAPOS.COM



GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang akan membatalkan pembinaan terowong bawah dasar laut yang dicadang oleh kerajaan negeri itu sekiranya kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Kereta Api) Lim Hock Seng berkata pembatalan itu akan dbuat sebagai asas justifikasi kos pembinaan dan penyelenggaraan jambatan yang jauh lebih rendah daripada terowong bawah dasar laut.

“Projek terowong bawah dasar laut (Link Ketiga) yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam kini masih lagi di peringkat kajian kebolehlaksanaan dengan kemajuan kajian telah mencapai 87 peratus,”katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang meminta penjelasan mengenai status pembinaan tiga lebuh raya dan terowong dasar laut yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Lim berkata kajian kebolehlaksaaan terowong itu yang pada awalnya dijangka siap pada Disember 2016 telah diberi pelanjutan masa kepada pihak kontraktor sehingga September 2017.

Pelanjutan masa itu diberi setelah mengambil kira keperluan penyelarasan maklumat kajian yang melibatkan pelan induk projek tebus guna laut di sekitar Bagan Ajam yang belum dimuktamadkan, katanya.

Lim berkata jumlah bayaran kepada semua pihak yang terlibat dalam Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang sehingga kini adalah RM219,987,410 dengan pecahan agihan bayaran masing-masing sebanyak RM208,755,080 kepada Consortium Zenith Construsction Sdn Bhd selaku kontraktor projek dan RM11,232,330 kepada HSS Integrated Sdn Bhd sebagai perunding teknikal projek bebas yang dilantik oleh kerajaan.

“Setakat ini tiada bayaran telah dibuat kepada perunding DEIA (Detailed Environment Impact Assesssment),”katanya.

Projek pembinaan terowong dasar laut itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.–Bernama

Ketua Polis Daerah diarah pantau anggota dan pegawai terlibat rasuah

ANTARAPOS.COM



JOHOR BAHRU: Semua Ketua Polis Daerah di sini diarahkan untuk sentiasa memantau aktiviti anggota mereka terutamanya yang melibatkan salah laku termasuk rasuah.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tindakan itu diambil bagi menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memerangi kegiatan rasuah yang menular kalangan anggota polis.

“Memang saya sudah beri kata putus kepada Ketua Polis Daerah supaya memantau dan kita setuju dengan apa yang disarankan Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan kepada mereka sekiranya didapati terlibat dalam rasuah, beliau berkata anggota yang didapati terlibat akan diambil tindakan dalaman terlebih dahulu dan juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekiranya perlu.

Semalam, Ahmad Zahid menyelar amalan mengutip ‘duit pau’ atau habuan kononnya untuk perlindungan dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa undang-undang yang disifatkan satu amalan yang sepatutnya sudah lama berlalu.

Beliau juga berkata tindakan pegawai atasan membuli anggota bawahan juga perlu dihentikan kerana amalan tersebut menjurus kepada berlakunya rasuah dalam kalangan penguat kuasa.

Minggu lalu, dua Ketua Polis Daerah bersama lima pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan SPRM dipercayai mendalangi kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha judi haram dan rumah urut di negeri itu.–Bernama

Pemuda Amanah Kelantan desak Fattah Mahmood letak jawatan

ARIF ATAN


Hazmi Hassan Hazmi Hassan Pemuda Amanah Kelantan mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Fattah Mahmood meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata tuntutan itu relevan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Panau itu seolah-olah tidak serius untuk memajukan Kelantan.

"Isu sampah, pengambilan tanah Lembah Binjai, masalah dialami 300 peniaga pasar malam Kubang Kerian dilihat seperti angin lalu sahaja di mata Exco kerajaan negeri.

"Tiada tindakan atau jawapan balas yang menunjukkan beliau serius untuk memajukan negeri Kelantan," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, reaksi Fattah terhadap masalah yang dihadapi rakyat jelas tidak tepat dan meyakinkan sebaliknya hanya sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan beberapa kumpulan tertentu sahaja.

"Contohnya, isu pengambilan tanah Lembah Binjai kononnya diusahakan seorang anak tempatan yang dinobat sebagai CEO terbaik Malaysia 2016.

Fattah MahmoodFattah Mahmood"Walhal, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, CEO AGROBANK yang dinobatkan CEO terbaik Malaysia 2017 dan bukannya CEO AUEI yang dinyatakan Exco tersebut," jelasnya.

Akibatnya, kata Hazmi, ramai anak muda tercicir kerana sikap pilih kasih dan program yang cuma dikendalikan kelompok tertentu sahaja.

"Sudah tiba masanya portfolio berkenaan diserahkan kepada YB lain yang lebih muda seperti YB Ustaz Latif atau YB Zaki yang dilihat lebih sesuai untuk mengerakkan anak muda Kelantan," tambahnya lagi.