Rabu, 12 April 2017

Tiga termasuk Khalil dicalon bagi jawatan Ketua Pemuda PAS

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, dicalonkan untuk jawatan Ketua sayap itu bagi penggal 2017-2019 pada pemilihan akhir bulan ini.
 
Selain anak kepada Abdul Hadi itu, Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut menerima dua lagi pencalonan bagi jawatan tersebut, iaitu penyandang bagi jawatan Naib Ketua, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari.
 
Kerusi Ketua Pemuda kosong ekoran penyandangnya, Nik Abduh Nik Aziz tidak mempertahankan jawatan atas faktor usia.
 
Muhammad Khalil, Khairil Nizam dan Ahmad Fadhli serta dua yang lain iaitu Setiausaha, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK), Hishamudin Abdul Karim turut menerima pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua.
 
Manakala bagi jawatan Naib Presiden, empat dicalonkan bagi jawatan itu. Mereka adalah Khairil Niza, Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi dan Hishamuddin.
 
Muktamar Dewan Pemuda PAS akan berlansung di Kompleks PAS Kedah, pada 27 dan 28 April ini. 


Tiada ulasan: