Isnin, 3 April 2017

Skuad kebangsaan kini kembali digelar Harimau Malaya

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran nama tersebut adalah atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden FAM.


harimau-malaya


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran “Harimau Malaya” sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran nama tersebut adalah atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden FAM.

“Penukaran nama tersebut selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan pada zaman kegemilangan bola sepak.

“Oleh demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemas kini di laman rasmi FAM.

“Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka panjang,” katanya dalam satu entri di laman Facebook FAM, hari ini.

Sebelum ini, bekas presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan penukaran gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia sebagai nafas baharu, selain sebagai kesinambungan secara menyeluruh kepada skuad kebangsaan.

Tiada ulasan: