Sabtu, 1 April 2017

Siapa Husam untuk campur tangan urusan PAS - Tuan Ibrahim

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan bekas pimpinan parti itu agar tidak mencampuri urusan pentadbiran parti berteraskan Islam itu.
 
Selain itu, beliau juga menegaskan PAS tidak melayan gesaan supaya pimpinannya meletakkan jawatan berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 gagal dibentangkan di Parlimen.
 
"Saya pun tak tahu siapa sebenarnya (Datuk) Husam Musa. Dia bukan ahli PAS dan dia tidak ada kaitan dengan PAS.
 
"Dia tiada hak untuk bercakap bagi pihak PAS sebab dia bukan ahli PAS dan dia dah dipecat," katanya kepada Antarapos.
 
Tuan Ibrahim menjawab kenyataan Husam yang merupakan bekas Naib Presiden PAS yang menggesa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan jawatankuasa parti meletakkan jawatan mereka segera.
 
Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan PAS untuk membentangkan RUU355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.
 
Tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak gagal untuk membentangkan usul itu kerana sejak asal lagi RUU355 dibawa secara persendirian.
 
"Bagi saya kumpulan ini akan terus bersuara dengan pelbagai komen atau kritikan. Bagi mereka (apa PAS buat) semua tak betul.
 
"Jadi lebih baik mereka tak campur tangan dalam urusan PAS," katanya.
 
Tambahnya, PAS tetap akan membentangkan usul itu sebagai rang undang-undang persendirian
 
 

Tiada ulasan: