Selasa, 11 April 2017

Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico

HAZAYANI ZAKARIA

Salahuddin Ayub diapit naib ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) dan timbalan setiausaha Amanah Nasional Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (kanan) dalam sidang media berkaitan isu keselamatan negara di Wisma Amanah Negara hari iniSalahuddin Ayub diapit naib ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) dan timbalan setiausaha Amanah Nasional Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (kanan) dalam sidang media berkaitan isu keselamatan negara di Wisma Amanah Negara hari ini

Parti Amanah Negara (Amanah) mahu Menteri Dalam Negeri membentangkan kertas putih yang menjelaskan mengenai kewujudan syarikat yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini dan kebarangkalian Kuala Lumpur menjadi destinasi kepada perisik asing.

Salahuddin AyubSalahuddin AyubTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kerajaan juga mesti memberikan penjelasan mengenai status siasatan pihak berkuasa ke atas premis yang disalah guna untuk kegiatan haram melibatkan negara luar.

"Saya khuatir negara kita khususnya Kuala Lumpur menjadi destinasi kegiatan haram," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Mac lalu, Salahuddin dengan merujuk laporan Reuters ketika itu menyerahkan memorandum menggesa Ketua Polis Negara memberi penjelasan segera mengenai kewujudan syarikat berkenaan.

Merujuk kepada laporan berita antarabangsa itu juga, Salahuddin mendakwa terdapat syarikat beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang dimiliki oleh individu yang didakwa terlibat dengan sebuah parti politik.

Beliau juga mendakwa terdapat aktiviti penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS).

"Saya meminta IGP dalam tempoh dua minggu atau lebih cepat dari itu mengeluarkan kenyataan rasmi dan memulakan siasatan terhadap isu itu tetapi malangnya sampai hari ini kita idak dapat jawapan yang jelas.

"Sepanjang persidangan parlimen pun saya tidak mendengar jawapan yang tuntas dariapda menteri," katanya yang menghantar memorandum berkenaan pada 15 Mac lalu.

Beliau juga mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang meminta suatu siasatan dimulakan berhubung dakwaan seorang eksekutif konglomerat Malaysia menyalurkan dana kepada Korea Utara.

Reuters semalam memetik penderhaka Korea Utara sebagai berkata, sejak dua dekad yang lalu, Han Hun Il yang dilahirkan di Korea Utara dan merupakan pengasas serta ketua eksekutif Malaysia Korea Partners (MKP) menyalurkan dana kepada parti pemerintah Pyongyang.

"Sebelum ini saya buat laporan mengenai operasi mmebekalkan peralatan menjual peralatan tentera bagi pihak Korea Utara. Semalam perkara sama disebut pula oleh timbalan menteri dalam negeri.

"Saya yakin ada kekhuatiran terhadap Malaysia menjadi destinasi yang selamat bagi kegiatan perisikan, penjualan senjata atau peralatan ketenteraan yang dilarang PBB dan menjadi destinasi pembunuhan politik melibatkan penjenayah antarabangsa.

"Saya cukup bimbang Kuala Lumpur jadi suatu bandar seperti Mexico atau bandaraya di Amerika Selatan yang mana berlaku jenayah terancang, pemerdagangan manusia, pembunuhan politik dan pelbagai kegiatan haram," katanya.

Tiada ulasan: