Selasa, 18 April 2017

Reman Adam Rosly dilanjutkan empat hari lagi

MALAYSIA DATELINE

Adam Rosly ketika di bawa keluar dari mahkamah selepas tahan remannya disambung empat hari lagi.Adam Rosly ketika di bawa keluar dari mahkamah selepas tahan remannya disambung empat hari lagi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah,28 perlu berdepan dengan siasatan SPRM kes memiliki kekayaan luar biasa selama empat hari lagi.

Ini setelah SPRM memperolehi sambungan reman untuk tempoh berkenaan setelah tempoh lima hari sebelum ini berakhir esok,Rabu.

Perintah sambungan tempoh reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.

Adam Rosly dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Selasa untuk tujuan itu.

Tahanan reman selama lima hari keatasnya sebelum ini dikeluarkan mahkamah pada Jumaat lalu.

Adan Rosly disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001

Tiada ulasan: