Isnin, 10 April 2017

Rayuan Khalid Samad gagal

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk mendapat kebenaran merayu dalam usaha memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.
 
Permohonan itu ditolak secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Aziah Ali.
 
Wakil rakyat pembangkang itu memohon kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 9 November tahun lalu yang menolak rayuannya untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
 
Khalid memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan yang dakwaannya dikenakan ke atas beliau, dengan mendakwa Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dinamakan sebagai responden.
 
Tindakan mahkamah itu dibuat ekoran pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 enakmen itu.
 
 

Tiada ulasan: