Jumaat, 7 April 2017

Penunggang motosikal langgar lari warga emas ditangkap

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Seorang lelaki yang melanggar pejalan kaki sehingga menyebabkan wanita berusia 50-an itu maut, ditahan pihak polis di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek berjaya ditahan ketika mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan semalam.

 
“Suspek dibawa ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk memberi keterangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 
Dalam kejadian kira-kira pukul1.20 petang semalam, seorang wanita berusia 50-an yang melintas jalan menggunakan garisan belang terpelanting sejurus dirempuh sebuah motosikal di Jalan Burma.

 
Rakaman video kemalangan berdurasi 12 saat itu tular di laman sosial dan netizen mengecam tindakan penunggang motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
 
 

Tiada ulasan: