Ahad, 9 April 2017

Penjenamaan semula HIJRAH bukan sekadar ‘skim pinjam duit’

HIJRAH SELANGOR
OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri bersedia melebarkan lagi peranan inisiatif skim mikrokredit Program Hijrah Selangor (HIJRAH) dengan mewujudkan langkah efektif membantu pendapatan usahawan negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, penjenamaan HIJRAH sebelum ini dilaksanakan sebagai langkah baru menyokong program pembangunan keusahawanan di negeri.

“Tahun lalu kita mengadakan kerjasama bersama syarikat peneraju dan seterusnya mewujudkan program khas membantu keusahawanan masyarakat India dan untuk tempoh akan datang kita akan mencari lagi ruang baru.

“Komitmen HIJRAH bukan hanya menjadi sebuah agensi memberi pinjaman dan mengutip pinjaman, tetapi HIJRAH menjadi tempat rujukan dan pusat latihan yang mengembangkan potensi keusahawanan.

“HIJRAH akan menjadi ‘kenderaan’ ekslusif, ampuh dan kukuh bagi menjadi ejen pembangunan keusahawanan meliputi pembangunan keusahawanan di peringkat kecil hinggalah menjadi usahawan berdaya maju di tahap lebih tinggi,” katanya.

Sebelum ini, penjenamaan skim bantuan ini dilaksanakan dengan mengabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang diperkenalkan di bawah pentadbiran pakatan sebelum ini.

ded51faa-ce98-4058-b91b-89002c3e8ed7

Pembaharuan itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk kekal positif mengupayakan jurang ekonomi usahawan tempatan.

Mengulas pencapaian itu, Amirudin percaya, kim bantuan HIJRAH itu mampu dinaiktaraf sebagai sebuah badan khas di bawah Kerajaan Negeri dengan konsep pembangunan keusahawanan yang lebih lengkap.

“Ia tidak mustahil saya menyebutkan bahawa HIJRAH mampu menjadi perbadanan keusahawanan negeri sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri pertama yang mewujudkan badan yang memberikan pinjaman, latihan dan badan kajian program keusahawanan lengkap.

“Keupayaan dan kejayaan kita mendorong HIJRAH untuk berkembang menjadi badan lebih kukuh untuk membantu pembangunan keusahawanan seluruh negeri,” katanya.

Untuk rekod, RM100 juta diperuntukkan di bawah HIJRAH dengan menyasarkan bantuan kewangan kepada usahawan berstatus ibu tunggal orang kelainan upaya (OKU), graduan lepasan universiti.

Skim mikrokedit itu mampu meningkatkan pendapatan rakyat Selangor menerusi aktiviti perniagaan dan keusahawanan kecil dan sederhana.
Terdahulu, Amirudin bercakap pada Majlis Makan Malam Yayasan Hijrah di Dewan Orkid Wisma PKPS di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman.=EZY



Tiada ulasan: