Isnin, 10 April 2017

Pemandu teksi Langkawi berdemonstrasi bantah Uber, Grabcar

Mereka mendakwa perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu agenda asing yang dibawa masuk untuk mengganggu gugat perkhidmatan teksi yang beroperasi dalam keadaan harmoni di Langkawi selama ini

LANGKAWI: Kira-kira 400 pengusaha teksi hari ini mengadakan demonstrasi membantah keras kemasukkan perkhidmatan ‘e-hailing’, Uber dan Grabcar ke pulau peranginan ini.

Demonstrasi selama sejam di Laman Marmar Langkawi di sini diketuai Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi, Ramli Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi, Saad Mahmud.

Ditemui media semasa demonstrasi itu, Ramli berkata kedua-dua persatuan turut menghantar memorandum bantahan kepada beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah dan wakil rakyat di Langkawi.

“Persatuan-persatuan ini mewakili lebih 1,200 pengusaha teksi di Langkawi… janganlah cuba nak masukkan pasir dalam periuk nasi kami (dengan memperkenalkan Uber dan Grabcar di Langkawi),” katanya.

Sementara itu, Saad pula mendakwa perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu agenda asing yang dibawa masuk untuk mengganggu gugat perkhidmatan teksi yang beroperasi dalam keadaan harmoni di Langkawi selama ini.

Tiada ulasan: