KUALA LUMPUR – Setelah beberapa
kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan beberapa
pemimpin Pas, Ahli Parlimen Bukit Sena, Datuk Mahfuz Omar kini tidak
lagi dianggap sebagai ahli parti itu di kawasan tersebut.
Mursyidul Am Pas berkata, Hashim Jasin,
rata-rata ahli Pas kini sudah tidak menerima Mahfuz sebagai ahli parti
kerana kenyataan serta kritikan beliau terhadap parti sendiri
mencerminkan beliau sebagai orang luar.
“Datuk Mahfuz ni biarpun dia Pas, tapi
orang Pas dah tak iktiraf dia sebagai ahli. Dan dia bercakap sekarang,
seolah-olah dia berada di luar parti Pas.
“Jadi, biarlah dia sedar di mana dia
berada dan apa yang dia cakap, orang Pas boleh terima apa yang sudah
berlaku dalam pembentangan baru-baru ini dan juga strategi-strategi
tertentu yang diatur untuk kita perkasakan mahkamah syariah.
Terbaru, Mahfuz lantang membidas tindakan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendiamkan diri mengenai
penangguhan sesi perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Jumaat lalu.
Menurut Mahfuz, sebagai pembentang kepada pindaan akta itu, Abdul
Hadi Awang sepatutnya bangun dan mempersoalkan tindakan Pandikar yang
tiba-tiba menangguhkan usul berkenaan tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Hashim yang hadir dalam satu majlis di
Ampang malam tadi memberitahu, tindakan terhadap Mahfuz akan diambil
sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
“InsyaAllah ada. Perkara-perkara yang akan dilakukan sepanjang sebelum sidang (Dewan Rakyat) yang akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan