Rabu, 5 April 2017

Pandikar terima notis dari mahkamah

Mohamed Tawfik Ismail, anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abd Rahman, menjangka PAS tidak jadi membentangkan pindaan kontroversi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di parlimen esok.

Ini selepas beliau memfailkan saman pemula kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akan menyebabkan usul pindaan itu akan menjadi subjudis jika dibentangkan.

"Kami tidak menjangkakan pindaan Akta 355 akan berada dalam Peraturan Mesyuarat esok," kata Tawfik kepada pemberita selepas saman pemula yang diperolehi daripada Mahkamah Tinggi, diserahkan sendiri kepada Pandikar.

Peguamnya, Mansoor Saat, yang turut hadir menjelaskan speaker telah menetapkan keutaman pada masa lalu bahawa isu subjudis akan timbul di dalam dewan sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Berikutan keutamaan dalam beberapa kes lain, sama dengan isu ini, pindaan itu tidak seharusnya dibentangkan di Dewan Rakyat," tambah Mansoor.

Tawfik memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Jumaat lalu, bagi memohon pengisytiharan bahawa cadangan pindaan Akta 355 adalah tidak berperlembagaan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: