Ahad, 2 April 2017

Mumtaz sangkal dakwaan PAN

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

 
SETIAP perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri di Kelantan terlebih dahulu diambil kira pandangan penduduk.
Begitu juga rancangan Pusat Pembangunan Pelancongan Komersil yang bermula di Pengkalan Datu, Panchor sehingga ke Pasir Tumboh, sudah lama dimaklum kepada penduduk terbabit.
 
Adun Demit, Mumtaz Md Nawi berkata, penduduk yang terlibat dengan perancangan pembangunan tersebut telah lama dimaklumkan.
 
Binjai PAN
 
"Sepanjang sungai yang akan dimajukan projek tersebut merupakan kawasan rendah. Ia akan dibangunkan sebagai lokasi pelancongan komersial.
"Perbincangan akhir antara penduduk dengan Pejabat Tanah dan Jajahan sahaja selepas perkara-perkara lain berkaitan diselesaikan," katanya ketika ditemui di Kota Bharu.

Baru-baru ini Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya kerajaan negeri tidak memaklumkan kepada penduduk mengenai rancangan pembangunan di Kubang Kerian.

Seorang aktivis parti itu mendakwa tiada sebarang pemakluman awam kepada penduduk terlibat mengenai terma-terma pengambilan tanah.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan kerajaan negeri sentiasa meraikan perbincangan dengan penduduk bagi memberi manfaat kepada mereka

“Pembinaan pasar baru Binjai yang dirasmikan pecah tanah oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob baru-baru ini merupakan sebahagian projek itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: