Selasa, 11 April 2017

Menteri gesa siasat dakwaan pindahan dana ke Korea Utara

ISMA WEB
 



KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyiasat dakwaan Ketua Eksekutif sebuah konglomerat Malaysia yang dituduh menyalurkan wang kepada kepimpinan Korea Utara.

Gesaan itu dibuat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai respon kepada kenyataan Korea Utara Lee Chol-ho, yang mendakwa Han Hun-il, pengasas dan ketua eksekutif Malaysian Korea Partners (MKP) telah menyalurkan wang kepada kepimpinan di Pyongyang sejak lebih dua dekad.
Jazlan berkata, dakwaan tersebut menjejaskan reputasi Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan.

Katanya, Bank Negara juga mesti menyiasat jika terdapat sebarang penyalahgunaan dalam sistem perbankan negara.

“Kita perlu siasat sekiranya antara lain Korea Utara menggunakan hubungan dengan Malaysia sebagai saluran untuk melakukan kegiatan haram,” katanya.

Semalam, Reuters memetik seorang pembelot Cawangan bank MKP di Pyongyang turut disiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai larangan syarikat asing atau kerjasama asing dengan firma Korea Utara memiliki cawangan kewangan di negara itu.

Tegas Jazlan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu menjalankan siasatan mereka terhadap MKP dan Han untuk menentukan sama ada jenayah telah dilakukan.

Bulan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak berkuasa akan membantu PBB dalam siasatan terhadap MKP.


Tiada ulasan: