Ahad, 9 April 2017

Lim Kit Siang Setuju Debat Tunku Aziz Tanpa Syarat, Asalkan…

Suara Kebenaran
 


Sumber dalaman DAP mengesahkan bahawa Penasihat parti itu, YB Lim Kit Siang bersetuju dengan cabaran bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz supaya diadakan debat antara mereka berdua mengenai dakwaan kononnya DAP dipimpin oleh diktator.

DAP sebelum ini menafikan parti itu adalah parti diktator dan menegaskan Lim Kit Siang bukan satu-satunya orang yang pernah memimpin DAP.  Sebelum Kit Siang, DAP terlebih dahulu dipimpin oleh Devan Nair dan Chen Man Hin, siapa kata kepimpinan DAP tak pernah berubah?

Kebebasan turut diberikan kepada Tunku Aziz untuk menentukan bila dan dimana debat itu akan diadakan.

Tiada syarat dikenakan cuma DAP dikatakan mahu debat itu diadakan dalam bahasa Malaysia untuk mencerminkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Perkara ini mungkin menimbulkan masalah kepada Tunku Aziz yang diketahui umum sukar untuk bercakap dalam bahasa Malaysia berbanding dengan bahasa English.

Tiada ulasan: