Selasa, 4 April 2017

Lebih satu juta mohon isi 25,000 jawatan perkhidmatan awam 2016

Bernama

Bagi memastikan hanya calon yang berkualiti terpilih, setiap permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan yang ketat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1.56 juta permohonan pada tahun lepas bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Entulu Belaun berkata bagi memastikan hanya calon yang berkualiti terpilih, setiap permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan yang ketat.

“SPA menerima banyak permohonan setiap tahun daripada calon-calon yang ingin berkhidmat dengan kerajaan namun peluang pekerjaan tetap yang wujud setiap tahun adalah begitu terhad.

“Pada 2015, SPA terima sebanyak 1.63 juta permohonan namun kekosongan tetap di SPA cuma 24,606 sahaja,” katanya pada sesi bertanya kepada menteri-menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata jumlah permohonan yang tinggi setiap tahun itu memudahkan SPA membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Tiada ulasan: