Selasa, 11 April 2017

Karikatur hina Hadi: Pas Pusat lantik peguam

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin

SHAH ALAM - Pas Pusat mengesahkan telah melantik peguam dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam isu karikatur oleh syarikat akhbar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Kami memandang serius langkah akhbar itu yang sengaja menyiarkan karikatur menghina Abdul Hadi dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di muka B2 akhbar itu pada 8 April 2017 lalu.

"Pas menganggap penyiaran tersebut dalam semua keadaan bertujuan menghina bukan sahaja Abdul Hadi dan Pandikar, malah semua umat Islam dan juga undang-undang Islam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebuah akhbar Cina semalam bertindak luar batasan apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dengan  tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”

Tiada ulasan: