Sabtu, 8 April 2017

Jangan 'syok' tuduh sembarangan, kata Umno Selangor kepada Amanah

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: “Jangan buat tuduhan liar,  kemukakan bukti jelas.”
 
Itu cabaran Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal kepada Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang mendakwa Umno-PAS menjalin kerjasama politik.  
 
Zainuri menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh Khalid hanya mencerminkan kebimbangan Amanah terhadap nasib parti itu dan Pakatan Harapan sekiranya kerjasama itu memang wujud.
 
"Kalau sekiranya dia (Khalid) ada bukti mengatakan kalau PAS dan Umno ini ada satu usaha kerjasama politik, mestilah ada satu bukti yang konkrit. Jangan dia main cakap begitu sahaja sedangkan kita pun tiada apa-apa. 
 
"Sekiranya pun Umno dan PAS ada hubungan ataupun ingin bekerjasama, apa masalahnya? Apa yang jadi? Adakah ia satu ancaman ke pada dia," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Khalid sewaktu pembentangan pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta 355) Khamis lalu bahawa kerjasama PAS-Umno sememangnya wujud.
 
Zainuri menambah katanya setakat ini tiada ura-ura dalam barisan pimpinan Umno mengenai kerjasama politik dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
Bagaimanapun dua parti itu kerap menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh memperkukuhkan perpaduan ummah dan syiar Islam di Malaysia.
 
"(Daripada apa) saya tahu, setakat ini tiada apa-apa perbincangan secara spesifik untuk hubungan (politik) di antara Umno dan PAS. 
 
 Di minta mengulas mengenai ahli Parlimen Umno yang dilihat memberi peluang dan sokongan kepada parti Hadi semasa pembentangan Akta 355 seperti yang didakwa Khalid, Zainuri berkata tindakan berkenaan hanya atas dasar semangat setiakawan dan bukan bersifat kepartian.
 
Beliau berkata Ahli Parlimen kerajaan sudah tentu akan masuk campur dalam keadaan pembangkang menimbulkan provokasi dan menjejaskan pembentangan usul.
 
" Kita faham bahawa dikalangan orang-orang pakatan ini dia suka buat provokasi. Dia suka mengacau setiap pembentangan, hujah siapa juga yang sedang lakukan ucapan ataupun perbentangan. Mereka ini suka kacau. 


Tiada ulasan: