shahbudindotcom
Perdana
Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan perlantikan sepupunya,
Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana
Menteri.
Dalam masa yang sama, Hishammuddin akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Kata
Najib, perlantikan itu akan membolehkan sepupunya, Hishammuddin itu
menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri
Pertahanan.
Tugas apa yang menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu?
Apa
kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau
perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?
Selain
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri
sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir
Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan,
Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.
Dengan
perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan
jumlah menteri di Jabatan Perdan Menteri meningkat kepada 10 orang.
Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.
Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!!
Apa
pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu,
bursa perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai
persediaan dan laluan untuk beliau diberikan jawatan Perdana Menteri
dalam waktu yang terdekat ini.
Hakikatnya,
tiada keistimewaan langsung untuk Hishammuddin diberikan peranan
tambahan itu, selain untuk memberinya laluan mengambil alih tempat
Najib.
Jika
lulusan guamannya diambil kira, Jabatan Perdana Menteri sudah pun ada
Azalina dengan kelulusan yang sama. Kalau dari segi populariti pula,
Hishammuddin hanya di tangga ketiga dalam pemilihan Naib Presiden UMNO
yang lalu di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, bahkan undi popular
Mukhriz Mahathir di tempat keempat lebih tinggi daripadanya.
Dirasakan
cukup yakin bantuan Pas akan membolehkan BN terus berkuasa, Najib
dipercayai akan mengundurkan diri selepas PRU 13 untuk meredakan
ketegangan yang mungkin terus berpanjangan selepas pilihanraya nanti di
mana selepas itu Hishammuddin yang dijadikan Perdana Menteri akan
berperanan memastikan abang sepupunya itu dapat bersara dengan aman dan
tenteram tanpa sebarang gangguan.
Ia
sekaligus mengesahkan bahawa Najib tidak mempercayai, jauh sekali
meyakini Zahid Hamidi untuk mengambil alih tempatnya dan dengan
perlantilkan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin
disertai dengan beberapa tugas penting selepas ini, peranan Timbalan
Perdana Menteri akan perlahan-lahan dikuis ke tepi.
Tidak
mustahil dalam pilihanraya akan datang pun, Hishammuddin akan diberi
lebih peranan berbanding Zahid Hamidi bagi memperlihatkan prestasi awal
kemampuannya sebagai calon pangganti.
Nampaknya
Zahid kini bakal menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang
perjalanan politiknya terkandas di pertengahan di tengah jalan dengan
cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan