Rabu, 12 April 2017

Harga minyak, diesel naik esok

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Harga bagi minyak petrol dan diesel akan naik bermula tengah malam ini.
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga baru petrol itu di laman Twitter sebentar tadi.
 
Dengan pengumuman itu, harga baru bagi RON95 ialah RM2.24 seliter, naik lapan sen daripada minggu lalu, manakala harga baru bagi RON97 ialah RM2.52, meningkat sebanyak sembilan sen.
 
Harga baharu diesel pula RM2.16 berbanding minggu lalu RM2.08 seliter.
 
Harga bagi semua bahan apa akan mula berkuat kuasa esok. 


Tiada ulasan: