Rabu, 12 April 2017

Gempar!! Muktamar PAS Ke-64 Akan Diadakan Di PWTC

 Suara Kebenaran




Sumber dalaman PAS mengesahkan bahawa Muktamar parti itu kali ke 64 yang akan diadakan dari 28 April hingga 1Mei depan akan pertama kalinya akan diadakan di ibu pejabat UMNO –  PWTC.

Segala persiapan sedang rancak dijalankan dengan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat di Dewan Tun Hussein manakala tempat persidangan Dewan Muslimah dan Dewan Ulama masih belum ditentukan, besar kemungkinan di Dewan Tun Hussein Ismail.  Bergantung kepada keputusan pengurusan PWTC kata sumber yang sama lagi.

Berita ini tidak sepatutnya mengejutkan kita kerana PAS dan UMNO dilihat lebih rapat kebelakangan ini terutama sekali dalam isu berkaitan RUU355 yang dibentangkan minggu lepas.  Mengadakan Muktamar di PWTC adalah kemuncak kepada hubung baik tersebut.

Apa pun, tidak hairanlah kini kenapa UMNO begitu kuat menyokong RUU355, rupanya kerjasama mereka sudah sampai ke tahap PAS boleh mengadakan Muktamar di ibu pejabat UMNO.

Tiada ulasan: