Sabtu, 15 April 2017

Eksklusif!! Rafizi Intai Peluang Sertai DAP?

Suara Kebenaran





Berikutan pendirian rasmi PKR yang kini menyokong pula RUU355, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden parti itu dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk menyertai parti DAP.

Ini kerana menurut sumber terapatnya, Rafizi tidak lagi boleh dilihat menukar-nukar pendirian seperti mana dulu kerana besar kemungkinan beliau tidak akan dapat bertanding dalam PRU14 yang akan datang berikutan beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Untuk kekal relevan, Rafizi perlu meneruskan agenda anti RUU355 yang diarahkannya oleh kepimpinan tertinggi PKR sendiri, bersama-sama rakan dari parti DAP – sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim tampil dengan kenyataan menyokong RUU355 dan hak Hadi untuk membentangkan usul tersebut kelmarin.

Justeru tidak ada pilihan lain, Rafizi perlu menyertai parti yang konsisten dalam menolak RUU355 ini iaitu DAP.  Hanya DAP dan Amanah sahaja dari 4 buah parti komponen dalam Pakatan Harapan yang konsisten membantah perlaksanaan RUU355 setakat ini.  Jika berjaya, Rafizi mungkin dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu, jawatan yang setaraf dengan Naib Presiden PKR.

Bersatu pun sudah menukar pendirian dengan menyokong RUU355 melihat kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin beberapa hari lepas disebalik bantahan keras Pengerusinya, Tun Mahathir Mohammad.

Disebalik semua ini, rakyat jangan bimbang kerana Pakatan Harapan akan sentiasa kekal bersatu menghadapi semua cabaran

Tiada ulasan: