Sabtu, 8 April 2017

Debat tak jadi, Mukhriz cadang tarikh baru

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan tarikh baru untuk berdebat dengan bekas pembantu khasnya, Haris Che Mat, selepas pihak polis tidak benarkan ia diadakan.

Debat itu dijadual diadakan hari ini - sehari selepas debat antara pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nazri Abdul Aziz - yang juga tidak dibenarkan oleh pihak atas alasan ketenteraman awam.

Mukhriz berkata ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu berkata, debat itu tidak memenuhi notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Oleh itu, Mukhriz mencadangkan debat itu diadakan pada 27 April atau 5 Mei depan.

Menurut catatan di blognya semalam, Mukhriz berharap Haris (sebagai penganjur) boleh menyampaikan kepada ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu tentang tarikh yang disyorkan itu

Tiada ulasan: