Rabu, 12 April 2017

Datuk Seri dan anak direman 6 hari

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya yang bergelar Datuk direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kesalahan salah guna kuasa dan kedudukan. 
 
Perintah reman terhadap lelaki berusia 74 dan 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi. 
 
Kedua-dua beranak yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang di Georgetown di sini kira-kira jam 10.50 pagi dengan diiringi pegawai SPRM. 
 
Menurut sumber, suspek yang ditahan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang dan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi direman bagi membantu siasatan kes pecah amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri ini. 
 
Datuk Seri yang juga penasihat di sebuah syarikat pemaju terkemuka, manakala anaknya pengarah urusan di syarikat sama, dipercayai menyalah guna kuasa dalam kes kehilangan jutaan ringgit dalam yayasan itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
 
 

Tiada ulasan: