Isnin, 17 April 2017

Bungkusan misteri dipercayai bom ditemui berhampiran Wisma Bernama

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah bungkusan didakwa mengandungi bom yang ditinggalkan bersama nota ugutan ditemui berhampiran Perpustakaan Negara dan bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jalan Tun Razak, di sini.
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang tadi berhubung penemuan itu.
 
Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa digegaskan ke lokasi dan tiba 9 minit kemudian.
 
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar terdapat satu bungkusan yang bertulis 'bomb' dan satu surat ugutan. Tindakan anggota dengan memastikan tiada orang awam disekitar kawasan tersebut.
 
"Pihak polis telah dimaklumkan dan sehingga jam 7 malam siasatan masih dijalankan," katanya.
 
Sementara itu, Astro Awani melaporkan anggota Unit Pemusnah Bom PDRM meletupkan objek misteri berkenaan ada kira-kira jam 8.00 malam tadi. 


Tiada ulasan: