Selasa, 18 April 2017

Berundur adalah jalan keluar Najib dari ‘sumpah puaka’, kata Amanah

Berita Daily Staff

Salahuddin berkata, Najib juga berkemungkinan berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, berundur sebagai perdana menteri merupakan jalan keluar terbaik bagi Najib Razak daripada isu melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “Malaysia Official 1” yang menurutnya merupakan “sumpahan puaka” buat dirinya.

Salahuddin berkata, Najib juga berkemungkinan berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

“Isu IMDB dan MO1 telah menjadi ‘sumpahan berpuaka’ bagi Najib dan Umno. Sumpahan ini telah menghantui setiap inci kehidupan Najib dan jalan keluar yang terbaik ialah Najib berundur dan memberi laluan kepada kepimpinan baru menrajui Umno,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, bagi Najib isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara.

“Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada sepupunya, Hishammuddin Husein bagi tujuan tersebut,” kata Salahuddin, merujuk kepada Menteri Pertahanan, yang juga merupakan menteri Tugas-Tugas Khas.

Beliau sehubungan itu turut menyeru Pakatan Harapan bersiap sedia menghadapi perkara itu.

“Kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisammuddin sebagai perdana menteri sebelum PRU14 adalah telahan politik yang munasabah.

“Yang penting bagi Umno dan BN adalah kelansungan kuasa. Pakatan Harapan harus bersiap lebih awal dengan penampilan yang menyakinkan dan perpaduan yang mantap,” kata Salahuddin lagi.

Tiada ulasan: