Akuan Bersumpah YB Rafizi Ramli - "Bekas Timbalan Presiden PAS Terima Wang 1MDB"
1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS
Dato' Dr Nasharudin Mat Isa tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam
PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun
2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.
2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan
daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada
tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen
PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).
3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akuan Bersumpah YB Saudara Rafizi
Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang
sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal
berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan
memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau, mengesahkannya.
4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Rafizi Ramli agar turut
dengan segera membuat Akuan Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah'
yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini
terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain untuk makluman
dan pertimbangan rakyat Malaysia.
Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan