Selasa, 11 April 2017

Banjir kilat landa ibu negara

Mohd Zaini Samsu Hadi

Keadaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhadapan dengan Zoo Negara.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Antara lokasi yang terjejas teruk ialah di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Zoo Negara.

Berdasarkan gambar yang menjadi tular diaplikasi Whatsapp, kenderaan yang menggunakan lebuh raya berkenaan tidak bergerak kerana masing-masing terperangkap dalam banjir.

Malah, terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan dan terhenti di kawasan yang digenangi air.
Senario seperti itu sering berlaku di beberapa lokasi di ibu negara ekoran pembangunan yang rancak. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: