Jumaat, 14 April 2017

Anwar fail permohonan cabar kes liwat II, kata peguam

ANTARAPOD.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan baru bagi mencabar sabitan bersalah kes Liwat II pada Isnin minggu depan.
 
"Ini permohonan baru untuk mencabar sabitan dan mengketepikannya. Asasnya adalah berlaku penipuan,” kata peguamnya, Latheefa Koya, dipetik portal Malaysiakini.
 
Permohonan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin, katanya, dan butiran dakwaan penipuan kemudiannya akan didedahkan.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada 10 Feb 2015.
 
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dinafikannya walaupun di sebalik sabitan itu.
 
Anwar sebelum ini memohon Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya, tetapi ini telah ditolak pada 14 Disember tahun lalu.
 
 

Tiada ulasan: