Ahad, 2 April 2017

ADUN DAP Guna Nama Azmin Apabila Perlekeh ‘Tok Lebai’





ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San menggunakan nama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila memperlekehkan isu ‘Tok Lebai’.


Weng San yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata demikian ketika ADUN BN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak memintanya menarik balik gelaran ‘Tok Lebai’ yang disifatkan telah menghina semua golongan agama Islam di negara ini.

“Saya memohon maaf sekiranya perkataan ‘Tok Lebai’ ini menyinggung perasaan mana-mana ahli Dewan Negeri Selangor kerana saya ingat ianya telah digunakan (disebut) oleh YAB Menteri Besar (Azmin Ali), ADUN Dari Bukit Antarabangsa.

“Jadi sekiranya menyinggung perasaan (ADUN) Permatang, kita (DAP) tarik balik. Kita gentlemen,”kata Weng San.

Walaupun ADUN DAP itu berjanji akan menarik balik dan tidak akan menggunakan perkataan ‘Tok Lebai’ dalam ucapannya, namun Weng San terus menerus menggunakan perkataan itu pada sambungan ucapannya selepas itu.

ADUN DAP itu kelihatan begitu beremosi apabila ADUN PAN, Morib, Hasnul Baharuddin bangkit untuk mencelah.

“Morib..saya beri laluan. Ini kawan saya. Dari Parti Amanah Negara, bukannya PAN ye. Parti Amanah Negara..”laung Weng San.

Gelagat Weng San yang disifatkan seperti Tentera Kempetai Jepun yang terpekik dan membentak seolah hilang akal menarik perhatian Roslan Mohd Shahir, Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor.

“Menghina Islam dan ulamak dengan mengguna istilah Lebai dan dikaitkan dengan mereka yang tidak bermoral.

“Berhujah isu-isu nasional dan antarabangsa sedang beliau dipilih sebagai seorang ADUN yang sewajarnya beri fokus pada isu-isu negeri dan kawasan yang beliau wakili.

“Berakhlak biadap dengan terjerit-jerit dan menghentak-hentak meja dalam sidang dewan yang sepatutnya wakilnya berakhlak mulia dan berhujah dengan fakta dan penuh rasional.

“Inilah gambaran DAP bila berkuasa bayangkan kalau mereka diberi kuasa yang lebih besar nanti,” ulasnya.



Tiada ulasan: