Khamis, 30 Mac 2017

Seminar pemikiran Nik Aziz diteruskan

MALAYSIA DATELINE

Anuar bersama wakil Kanun dan jawatankuasa penganjur selepas mengadakan perbincangan di Wisma Amanah Negara.Anuar bersama wakil Kanun dan jawatankuasa penganjur selepas mengadakan perbincangan di Wisma Amanah Negara.

Jawatankuasa penganjur Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz mengambil keputusan meneruskan pengajuran seminar tersebut setelah bermesyuarat bagi membincangkan beberapa isu berkaitan program itu.

Turut serta pada mesyuarat itu Biro Undang-Undang Amanah(Kanun) yang diwakili Wan Anwar Wan Ibrahim dan Dr Dzulqarnain Luqman.

Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir itu antara lain bagi mendapatkan nasihat perundangan berkaitan penganjuran program itu.

Mohd Anuar ketika ditemui berkata, program yang sudah mula mendapat publisiti meluas itu menunjukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah sosok penting bagi rakyat di negara ini.
"Kita akan tetap meneruskan seminar ini kerana ia sesuai dengan semangat untuk mengkaji dan mengambil pengajaran daripada tokoh-tokoh hebat negara.
"Amanah berasa bertanggungjawab untuk memberi penghormatan yang setinggi-tingginya kepada seorang pemikir dan pemimpin pentadbir yang dikagumi ramai," katanya.

Menurut Anuar, Tuan Guru Nik Aziz ialah ikon rakyat negara ini yang dihormati semua kaum malah disegani kawan dan lawan.

Sehubungan itu katanya, wajar pemikiran bekas Menteri Besar Kelantan ini dikembangkan dan diteruskan.
"Seminar ini adalah permulaan bagi perbincangan wacana serius dan ilmiah untuk menggali khazanah pengalaman pemimpin-pemimpin besar di rantau dan dunia ini," katanya.

Tiada ulasan: