Ahad, 26 Mac 2017

Polis kenal pasti suspek kes tembak ahli perniagaan wanita

ASTRO AWANI

Polis kenal pasti suspek kes tembak ahli perniagaan wanita
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
 
 
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
 
"...memang kami ada beberapa petunjuk baharu siapa yang terbabit dan kita sedang menjejaki mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Roslee berkata setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian.

Dalam kejadian pada 21 Feb lepas, Ruby Lee Poh Ai, 49 yang memandu kereta seorang diri dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripadanya melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah wanita itu.

Mangsa yang terbabit dalam perniagaan logistik perkapalan maut di tempat kejadian. BERNAMA

Tiada ulasan: