Rabu, 15 Mac 2017

Pas tidak akan sepentas dengan Bersatu

 MALAYSIA DATELINE

Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik Abdullah
PAS tidak lagi berminat berada sepentas dengan Parti Pribumi Persatu Malaysia (Bersatu) sekiranya benar keputusan parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu, PAS menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.

“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya
yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini seperti dilapor lidah rasmi parti Harakah.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan partinya menyertai Pakatan Harapan.
“Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan Bersatu.

“Kerana itu tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai,” ujarnya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, beliau menghormati pendirian yang dibuat parti itumenyertai Pakatan Harapan.

Menurut beliau semua pihak boleh membuat keputusan sendiri.

“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” tambahnya.

Beliau memberitahu PAS sudah membentuk blok ketiga yang dikenali Gagasan Sejahtera.

Kata beliau gerakan itu akan dilancar secara rasminya pada muktamar tahun ini.

Tiada ulasan: