Jumaat, 17 Mac 2017

Pakatan Ada Cara Sendiri, Tidak Wajar Tiru BN – PKR

 Suara Kebenaran




Salah seorang pemimpin kanan PKR yang rapat dengan Naib Presiden Rafizi Ramli berkata, melainkan Amanah, PKR dan DAP yang membentuk komponen Pakatan Harapan hari ini adalah gabungan parti-parti politik pembangkang yang telah berpuluh-puluh tahun berada dalam politik Malaysia.

Amanah, sekalipun sebuah parti baru tapi didokong oleh mereka yang cukup berpengalamn dalam politik negara.  Sebahagian besar daripada mereka adalah bekas pendokong kuat parti PAS.

Pengalaman dan keupayaan komponen Pakatan Harapan, sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.  Gabungan ketiga-ketiga parti ini membentuk 72 kerusi parlimen, sekaligus menjadi parti pembangkang terkuat di negara ini.

Justeru, janganlah ada mana-mana pihak yang memandang rendah keupayaan parti-parti komponen Pakatan Harapan (yang rasmi) untuk berhadapan dengan BN dalam PRU14 yang akan datang.  Apatah lagi jika pihak yang berkenaan hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja untuk dibanggakan.

Parti Warisan pimpinan Datuk Sri Shafie Apdal pun lebih kuat lagi kerana mempunyai 2 kerusi parlimen.

Kenyataan ini, sekalipun tidak merujuk kepada sesiapa kerana tidak ada nama yang disebut, tapi jelas ditujukan kepada Pengerusi Pribumi, Tun Mahathir Mohammad yang semalam mengejutkan semua penyokong Pakatan Harapan apabila mengumum Pakatan Harapan perlu meniru BN jika mahu menang dalam PRU14.

Tiada ulasan: