Selasa, 14 Mac 2017

Lelaki peras keluarga paderi didakwa esok

MalaysiaGazette
PDRM

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan di sebuah kondominium di Petaling Jaya berhubung penculikan paderi Raymond Koh pada minggu lalu didapati tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan ke atas keluarga mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, siasatan polis mendapati suspek tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Lelaki itu yang akan didakwa didapati menghubungi anak Koh didapati mengambil kesempatan untuk meminta wang berjumlah RM30,000.

Dalam perkembangan sama, Fadzil berkata, siasatan kes penculikan ini masih diteruskan dan pihak polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan

Paderi Koh didakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 pada 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: