Rabu, 15 Mac 2017

Bilik kebal bolos tamparan hebat buat Khaled, kata Salahuddin

MALAYSIA DATELINE

Mohamed Khaled NordinMohamed Khaled Nordin

Kejadian kecurian dokumen dari bilik kebal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor merupakan satu tamparan hebat kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Justeru beliau menuntut Khaled menjelaskan bagaimana pemantauan agensi dibawah portfolio beliau dibuat.

"Bagaimana dokumen penting seperti pelan dan geran milik rakyat Johor dalam bilik kebal di PTG boleh hilang dengan mudah," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung dakwaan Malaysia terlibat menjual senjaa dari Korea Utara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut laporan The Star kelmarin, sindiket yang mempunyai hubungan kukuh dengan PTG Johor dan 'orang dalam' telah 'menukar' status pemilikan plot tanah terbiar milik warga asing di Johor Bahru dan menjualnya.

Sindiket itu dikatakan telah menjual beberapa plot milik rakyat Singapura dan Indonesia dengan nilai lebih dari RM15 juta.

Polis setakat ini menahan tiga suspek, termasuk seorang bekas pembantu pentadbiran PTG di Nusajaya, bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Portal itu difahamkan, polis telah merampas berpuluh-puluh dokumen, dipercayai dicuri dari bilik kebal di pejabat PTG Nusajaya.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, Khalid seharusnya bertanggungjawab ke atas isu ini dan di samping menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

"Ini isu keselamatan dan pemantauan agensi penting di bawah pentadbiran kerajaan negei jadi sudah pasti menjadi tanggungjawab menteri besar dan Team Johor," katanya lagi.

Tiada ulasan: