Selasa, 21 Februari 2017

Bekas KSU KKLW, anak mengakut tidak bersalah atas tuduhan rasuah

Bernama
Tiga individu termasuk seorang KSU dan dua anaknya dibawa keluar oleh pegawai SPRM ketika perintah reman 7 hari di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya awal Januari lalu. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 
 
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, masing-masing atas tuduhan bersubahat dan menerima suapan membabitkan nilai RM550,000 berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah tahun lepas.

Mohd Arif, 60, dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes. – Bernama


Tiada ulasan: